Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Hayati senikata lagu ini. InsyaAllah, jangan hanya dilihat dari satu sudut sahaja. Saya memiliki novel Ketika Cinta Bertasbih ini. Novel Islami ini diterbitkan dua jilid oleh Al-Hidayah Publishers.

Bandingkan pula poster filem Ketika Cinta Bertasbih dengan filem Malaysia yang cemar bertajuk Cinta Yang Satu (kononnya, ceh!). Di mana nilai moral filem kita? Inikah bentuk cinta yang didodoikan oleh masyarakat Melayu, cinta yang sarat budaya hedonis!?

"Entah kenapa
tiba-tiba ia merasa berdosa. Ia merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. Ia jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. Ia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. la beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. la juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.


"la harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. la yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih balk darinya. Ia yakin itu tekadnya. Ia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Ia rajuk dengan doa. Ia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya."


4 comments:

Nor Ramli said...

Salam tuan
Saya membaca Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Apabila menonton filem KCB 1 terasa dekat di hati. Sangat menarik. Selalu terfikir, bila agaknya penerbit filem di Malaysia berani mencuba sesuatu yang lain ye..

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Epelijau. Saya sudah baca Ayat-Ayat Cinta. Bagi saya membaca bukunya jauh lebih menarik dari menonton filem.

Novel Ketika Cinta Bertasbih (1) pula, isteri saya sudah membacanya. Menurut hemat dia, sangat menarik. Saya pula masih menunggu masa, hihihi. Masih banyak buku yang belum dibaca.

Jika saya mula membaca, maka saya akan membaca kedua-dua eposod, insyaAllah.

Nor Ramli said...

Saya membaca KCB (1)tanpa mengetahui KCB (2) belum sampai ke Malaysia. Tertekan sungguh saya. Haha...Selepas beberapa bulan/mungkin lebih setahun..saya tidak begitu ingat, barulah KCB (2) dipasarkan di Malaysia.
Ayat-ayat cinta pada saya, novel jauh lebih menarik dari filem. Mungkin belajar dari situasi tersebut, Kang Abid dan produksi KCB membuat penambahbaikan.
Bacalah! Ianya berbaloi!

UMIE said...

Salam..
KCB amat menarik dan saya sendiri menggalakkan anak2 saya membaca agar mereka tau cinta yg sebenarnya adalah cinta yang berlandaskan agama. Bukan nafsu semata2. KCB telah saya baca berulang2 kali tanpa jemu.
Pelik dengan penerbit filem diMalaysia.. menghalalkan apa sj yg haram atas dasar memberi pengajaran kepada penonton.. padahal semua tau hakikat sebenarnya.


Photobucket
top