
Ya, ustaz muda itu menebar hujahnya dengan berani. Hatiku terasa bening di tengah-tengah jemaah lain yang memenuhi ruang solat. Dia menyentuh isu hiburan yang penuh budaya hedonis yang sedang meresap masuk ke negara
Di Malaysia, hubungan sejenis gay dan lesbian ditolak sepenuhnya oleh rakyat jelata. Namun mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini? Seandainya fitnah sodomi yang melatari usaha-usaha memusnahkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim diokestrakan, mengapa susuk tubuh yang benar-benar mengamalkan seks luat tabii itu dibenarkan mencari rezeki di
Lebih memburukkan ialah laporan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mahu menjadikan
Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa “Lebih mengejutkan lagi EPP (projek permulaan) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.”
“Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.”
Wujudnya kelab malam dan pusat hiburan bertaraf global (kononnya!) pasti akan ada arak. Juga akan menular budaya hedonis terkinja-kinja dan berpeleseran antara lelaki-perempuan, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan. Kelab malam tersebut akan menjadi tempat pertemuan pertama bagi maksiat dan kebejatan seterusnya yang maha keji, termasuk pelacuran.
Ayuh pemuda dan pemudi Islam khususnya, dan rakyat
Dalam masa yang sama, muzik atau konsert yang diharamkan sudah dinyatakan dengan jelas. Termasuk dalam kategori muzik-haram ialah arena yang bercampur antara lelaki dan perempuan, ada arak, ada lain-lain bahan yang memabukkan dan lirik yang tidak bermoral.
Di suatu ketika di satu sisi, kerajaan UMNO-BN terpaksa menguar-uarkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, demi survival politik mereka. Namun pada sisi yang lain, konsert artis tidak bermoral digalakkan dan kini hub budaya hiburan hedonis pula dirancang. Apa semua ini?
Berkaitan: Bila ALLAH murka
Melayu derhaka kepada siapa?
H1N1 - Bila Allah murka, munculnya pandemik selsema babi
0 comments:
Post a Comment