Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sedang menganjurkan Pesta Buku SELANGOR 2010. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Pelaksanaan pesta buku ini adalah dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, swasta, NGO dan media. Terdapat 114 gerai yang menyediakan berbagai bahan bacaan dengan potongan harga istimewa kepada pengunjung yang berlangsung selama 11 hari bermula 25 Jun hingga 5 Julai 2010 di Kompleks PKNS, Shah Alam. Tema pesta tahun ini ialah Jom Membaca di Mana-Mana.
Salah satu aktiviti yang diadakan ialah acara membaca di luar paling besar. Harakahdaily melaporkan bahawa seramai 14,718 peserta terdiri daripada pelajar, pemimpin masyarakat, organisasi kerajaan dan orang awam menyertai program bersantai sambil membaca buku secara serentak di sekitar Taman Tasik Shah Alam selama sejam. Program itu turut mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Records.
Sementara itu, Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Pesta Buku Negeri Selangor 2010 merupakan penganjuran kali kelima oleh PPAS bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. Beliau berharap seramai 450,000 pengunjung pada tahun ini berbanding 390,000 pengunjung pada tahun lepas.
Kerajaan Selangor juga menetapkan tanggal 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Ilmu di negeri ini. Dr Halimah Ali berkata pengistiharan itu sejajar dengan program berkembar Gerakan Membaca Perdana dan Gerakan Menulis Perdana.
"Kerajaan negeri telah pun sebulat suara menetapkan satu hari sebagai hari ilmu ini. Pada hari ini 26 jun kita mengistiharkan hari ini hari Ilmu," katanya. Halimah berkata kerajaan negeri juga mengilhamkan penulisan buku memperihalkan negeri Selangor, yang ditulis dan dimulai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Saya sangat berharap pesta buku 2010 ini bukan hanya sekadar ingin mencipta rekod bagi aktiviti Largest Outdoor Reading Event in Malaysia. Semoga hasrat konsep hari ilmu dan gerakan membaca semarak sepanjang tahun, di mana-mana sahaja.
Sebenarnya budaya membaca mesti disemai di rumah lagi. Kerehatan yang paling besar semasa bekerja ialah ketika solat, berhubung dan bercakap dengan Allah. Seterusnya, biasakan membaca ayat-ayat suci Quran dan menelaah terjemahannya di waktu senggang. Minda dan tubuh badan juga dapat direhatkan ketika saya membaca novel yang baik.
Kata ulamak, darjah iman itu ada turun dan naik. Ketikanya memuncak, malah tidak kurang ada masanya menjunam ke bawah. Mengapa? Kerana kita manusia biasa, hamba Tuhan yang mempunyai nafsu yang terkadang sukar untuk dilawan. Sebab itu pentingnya kita menghadiri majlis-majlis agama, tazkirah, mendengar khutbah yang baik, membaca dan meneliti Quran dan membaca buku-buku agama.
Ya, membaca karya sastera Islami, menelaah Quran dan Hadis, membaca sirah/kisah para Nabi, khususnya Nabi Muhammad (S.A.W) serta membaca buku-buku agama, insyaAllah, boleh menaikkan darjah keimanan seseorang. Dengan iman, maka ia akan mengerakkan hati kita untuk beramal dan berjuang.
Justeru itu, saya menyeru diri saya sendiri dan para sahabat sekalian, teruskan minat membaca. Belilah buku-buku yang baik dalam semua bidang ilmu, kalau boleh. Jika tidak boleh, memadai jika kita membaca karya sastera yang baik-baik yang boleh sedikit sebanyak menjadi pedoman kepada kita untuk meneruskan kelangsungan hidup ini, sebelum kita dijemput menemui Tuhan.
"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar kelantan).
(Sumber foto: Universiti PTS, oleh Harlym Yeoh - Sultan Selangor bersama MB Selangor di Pesta Buku Selangor 2010)
Berkaitan: Apa terjadi di Pesta Buku Selangor 2008?

0 comments:
Post a Comment