Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Wujud segelintir masyarakat Melayu yang kurang senang dengan kritikan novelis, penyajak dan penulis buku melalui karya-karya mereka. Bagi segelintir itu, mereka memberi tanggapan bahawa hasil seni melalui novel, puisi dan buku-buku bukan-fiksyen lebih kepada bagi memperoleh wang semata-mata. Saya amat tidak setuju dengan pandangan, yang saya kira, sempit dan sarat prejudis.

Pada hemat saya peranan penulis, novelis dan penyajak dalam memberi impak kepada masyarakat Melayu khususnya dan rakyat umumnya, amat dalam. Banyak rakaman sejarah sudah membuktikan akan peranan mereka dalam pelbagai dimensi kehidupan, termasuk kemerdekaan Tanah Melayu.

Penyajak dan penulis yang saya kenali yang kerap mengkritik komuniti Melayu ialah Dato’ Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain. Saya pernah bekerja bersama Baha Zain selama hampir dua tahun di sebuah syarikat penerbitan. Beliau juga sebagai pengkritik sastera dan keadaan sosial masyarakat.

Kata Prof. A. Rahman Shaari, "Baharuddin Zainal Pengkritik Sastera dan Penyair." dalam Esei dan Puisi Baha Zain (2000), “Dato’ Baha Zain ialah pengkritik sastera yang cukup berjaya. Ia sebenarnya berjaya akibat daripada sikap berhati-hati yang ada padanya, dan sikap itu sentiasa dipeliharanya. Sikap berhati-hati itu menyebabkan kritikannya kerap kali mengandungi isi yang bernas, dan isi itu disampaikan melalui bahasa yang kreatif. Elok saya tegaskan bahawa tidak besar jumlah pengkritik sastera yang berkeupayaan membina bahasa yang kreatif.”

Dalam kritikan terkini melalui blognya yang bertajuk “Suria-KLCC Berapa Kerat Peniaga Melayu?”, Baha Zain menulis:
“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih, dan kebetulan nasi dagangnya memang sedap. Saya lebih gembira kerana ada juga orang Melayu yang mampu berniaga di tempat mewah dan mahal di Suria KLCC itu.

“Kalaulah lantai perniagaan di Suria KLCC itu mampu disewa oleh banyak peniaga bumiputera (barangkali sebanyak 40%) , tentulah sangat bermakna bagi kita kerana menara berkembar yang dianggap ikon kemajuan itu, juga menunjukkan kemajuan bumiputera dalam persaingan kewangan dan perdagangan moden negara.”
Baha Zain mengambil angka-angka berkenaan pemilikan ekuiti Melayu-Bumiputera di negara merdeka ini, seperti di bawah.

1 PEMILIKAN EKUITI (1998):

i) Bumiputera...................
.19.4 %
ii) Bukan Bumi..................41.1 %

iii) Rakyat Asing...............31.8 %

Jadi lebih daripada 80% ekuiti dimiliki oleh bukan Bumiputera.

2. PROFESIONAL BERDAFTAR (1999):

i) Akauntan........................Bumi
15.9 % Bukan Bumi (84.1%)
ii) Arkitek.....................................28.9 (71.1)
iii) Doktor..................................... 36.7 (63.3)
iv) Doktor Gigi.............................
34.8 ( 65.2)
v)Doktor Vetriner........................
42.6 ( 57.4)
vi) Jurutera................................... 26.5 ( 73.5)
vii) Juru Ukur................................ 47.8 (52.2)
viii) Peguam...................................31.3 (68.7)
__________________________
[28.9 %] [ 71.1 %]

(Buku Baha Zain:
Himpunan puisi oleh Baha Zain. Antara puisi yang terkandung dalam buku ini termasuk Woman and Silhouettes, Three Sketches from a Journey, Country Roads to the City, Pamphlets: Poetry of Independence dan Musing in the Garden.)

Tulis beliau lagi bahawa:
“KALAU ANGKA-ANGKA INI YANG LEBIH 10 TAHUN DAHULU MASIH TAK BANYAK BERUBAH APA GUNA KITA BERCAKAP TENTANG 1MALAYSIA. BARANGKALI SUDAH BANYAK PERUBAHAN SEKARANG. POKOKNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU DALAM KERAJAAN, NGO DAN UMNO HENDAKLAH MELAKUKAN PENYELIDIKAN YANG SAINTIFIK DAN BERDASARKAN ANGKA-ANGKA STATISTIK BARU MELAKUKAN TINDAKAN YANG ADIL BUAT SELURUH RAKYAT PELBAGAI KAUM. BAYANGKAN PADA BEBERAPA WAKTU YANG LALU PEMIMPIN MELAYU BERCAKAP TENTANG SISTEM MERIT. BETAPA BEBALNYA CARA BERFIKIR BAGI MENYELESAIKAN KEADILAN EKONOMI DAN SOSIAL.”
Berkaitan: Masakan Melayu Kelantan di Suria KLCC, mengapa dianaktirikan?

0 comments:


Photobucket
top