Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu diulas tentang buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob. Garapan dan naratif yang indah dan kerap kali penuh syahdu benar-benar merayapi seluruh jiwa saya di sepanjang pembacaan. Memang benarlah kata penulis bahawa corak naratif buku sejarah ini berbentuk kewartawanan kreatif.
Bahagian terakhir buku ini yang memerikan Natrah kembali ke Singapura dan Kemaman, Terengganu setelah berpuluh tahun benar-benar mengujakan saya. Sangka saya ialah Fatini dan kerajaan Malaysia yang membawa Natrah menemui keluarga angkat di Kemaman. Patutlah ketika itu, bertarikh 29 Januari 1998 bersamaan malam hari raya Aidilfitri 1419 Hijrah, langsung tiada khabar berita diketahui oleh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya setelah seminggu berada di Singapura, Natrah dan beberapa orang lagi ke Kemaman. Semuanya bagaikan ‘komplot’ supaya dunia tidak mengetahuinya, terutama sekali orang Melayu dan Islam di Malaysia. Saya turut merasai kekecewaan yang dialami oleh penulis Fatini. Namun ‘komplot’ baik itu mengembirakan Natrah.
Saya benar-benar dapat menyelami perasaan, derita, sedih, kekecewaan, marah dan amukan gelora jiwa Natrah di setiap bait-bait ayat yang ditintakan dalam buku ini. Ianya ibarat sebuah lukisan hidup, berwarna-warni ditayangkan di depan mata.
Saya merupakan salah seorang pembaca kisah Natrah yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat 1989. Semua keempat-empat edisi saya miliki dan membacanya semasa masih menjadi pelajar jurusan sains komputer di Universiti Sains Malaysia. Sayangnya, naskhah Dewan Masyarakat tersebut sudah tiada dalam simpanan saya, maklumlah mungkin kerana sudah lama. Juga tidak terfikir di kala itu untuk menyimpannya.
Justeru itu, penerbitan buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata menjadi pelengkap. Seperti mana itu juga tujuan Fatini dalam mengusahakan penulisan peristiwa sejarah besar umat Islam dan Melayu di Nusantara ini. Dari buku ini dan juga buku The Nadra Tragedy oleh Haja Maideen, sudah nyata bahawa masyarakat Islam di waktu itu sangat mengambil berat akan soal akidah. Saya katakan bahawa gerakan menyelamatkan akidah Natrah bukan dimulakan oleh orang Melayu Islam, tetapi oleh orang Islam berbangsa India. Dari inisiatif permulaan oleh kumpulan India Muslim tersebut, bersama sokongan utuh beberapa sahabat Melayu terutamanya Dr Burhanuddin al-Helmy, baharulah ianya diperkuat teguh oleh umat Melayu lainnya.
Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah cuba diselamatkan. Maruah Islam mesti dipertahankan. Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani (seorang India Muslim), Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain. Dari komuniti terpelajar, golongan agama, aristokrat, petani, penduduk kampung, polis Melayu sehingga orang Melayu yang pakai seluar pendek, umat Islam bangkit tanpa mengira bangsa.
Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Lebih ditekankan lagi ialah akidah Islam Natrah yang dipermainkan oleh penjajah Belanda dan British. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah jahanam itu.
Buku ini amat teliti dan secara jelas membuktikan bahawa Natrah tidak pernah ria dan senang di sepanjang kehidupannya di Belanda. Mungkin sedikit keceriaan wujud apabila Natrah bersama-sama anak-anaknya hasil dari perkahwinan pertama dengan Wolkenfelt. Dalam hampir keseluruhan ruang hidupnya dibebani oleh perasaan sedih, kecewa, marah, hampa dan hati kosong.
Sepanjang peristiwa di kamar mahkamah, di pejabat konsulat penjajah British dan Belanda. dan komplot kedua-dua penjajah bagi menjaga air muka masing-masing tidak langsung mengambil kisah akan perasaan Natrah, umat Islam dan orang Melayu di Indonesia, Singapura dan Malaya pada masa itu. Tanpa niat busuk dan dengki kesumat penjajah British dan Belanda, Natrah akan bahagia dalam Islam dan alam Melayu.
Semuanya bermula dari onar seorang pegawai British di Malaya dan diperkuatkan dengan penjajah Belanda yang kalah perang di Indonesia. Belanda yang malu besar kerana kemerdekaan Indonesia hanya mencari alasan bagi menutup kekalahan mereka dan menancapkan keangkuhan si penjajah di bumi Nusantara. Yang menjadi mangsa ialah Natrah, Mansor Adabi, Che Aminah dan agama Islam. Alangkah angkuh dan dengkinya penjajah British dan Belanda di waktu itu.
Tahniah atas terbitnya buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Datin Seri Fatini Yaacob untuk tatapan umat Islam dan anak bangsa Melayu serta rakyat seluruhnya. Ia diterbitkan oleh Penerbit UKM. Tiada rasa seindah bahasa yang dapat saya coretkan di blog ini bagi menjelaskan keterujaan dan penghargaan saya di sepanjang menelusuri jiwa Natrah dan umat Islam lewat kandungan buku ini.
Ianya sejarah besar yang bukan sahaja patut diketahui, dibaca dan dikenang, malah banyak teladan yang boleh diguna pakai. Akhirnya, seperti kata penulis Fatini: “Selamat jalan mama Natrah@mama Bertha…Semoga mama bahagia dalam ampunan dan rahmat Allah”, begitu juga doa saya.
Judul: Natrah (1937 – 2009): Cinta, Rusuhan, Air Mata
Penulis: Datin Seri Fatini Yaacob
ISBN: 978-983-52-0729-7 (kulit lembut)
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia Press, 2010
Ketebalan dan harga: 474 muka surat dan RM75.00
Berkaitan: Cinta dan air mata Natrah, adakah kita (Melayu-Islam) mengambil iktibar?
Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah
Sorotan cinta Natrah: Ada pakcik saya kena tembak - warga Singapura
Buku cinta Natrah: Nasharuddin melatah atau apa?
Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda

4 comments:
Salaam..
di mana boleh dapatkan buku ini?
Teringin nak baca tapi mahal sangat. Ermmm tapi nak juga suatu masa nanti...
Assalamualakum, sdr. Noi. Jika dilihat dari sudut jumlah muka surat buku ini, maka ia nampak mahal. Namun jika dilihat dari sudut mutu kertas dan isi kandungan yang banyak mengandungi foto-foto dan keratan akhbar lama, juga kaedah penceritaan penulis, maka ianya berbaloi, insyaAllah.
Untuk edisi kulit keras, lagi mahal :-)
Post a Comment