Assalamualaikum, Cik Sue 'Kulat', orang Segamat, Johor. Maaf kerana 'hutang' sudut pandang saya terhadap novel Kita Hanya Di Seberang Jalan lambat dibikin. Bukan sahaja kerana kesibukan menguruskan bisnes katering, malah faktor malas mengulas juga menjadi kekangan. Juga buat seketika saya fokuskan terhadap onar jahanam TERRORIS ZIONIS ISRAEL . Okey, beginilah secara ringkas.
Saya suka isi dan cara persembahan saudara Bahruddin Bekri. Bersahaja tetapi amat menghiburkan. Cara penulis mengolah sebuah kisah yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu secara narasi yang luar biasa membuatkan plotnya indah dan asyik. Ia sebuah kisah cinta dan perjuangan dalam kehidupan. Cinta sahabat sepupu dan cinta sesama insan.
Kisah mencari kerja yang sesuai, menanti cinta datang (cinta harus dicari dan dibajai) dan mencari modal untuk bisnes dinarasi pintal memintal bersama watak-watak bantuan. Watak-watak sampingan itu juga dijalin secara molek, tali-temali tidak putus. Dirangkai menggunakan lenggok penceritaan bahasa Melayu yang indah.
Satu plot mengenai pemburuan pencarian modal bisnes. Walaupun derma/bantuan oleh orang kaya itu kepada sepupu Rusdan (nama sudah lupa) sebanyak RM500,000 itu nampak 'keterlaluan', namun demi untuk melengkapkan pengajaran kepada Amrullah, maka ianya wajar. Tambahan pula, kerana kegiatan dan tipu-helah Amrullah berhasrat mematikan bisnes sepupu Rusdan, dan memberi ‘pukulan’ kepada Rusdan demi mengejar cinta seorang gadis, menatijahkan bantuan besar tersebut. Ianya memang adil. Lagi pun ayah Amrullah memang jutawan (orang kaya itu).
Ada jalan cerita atau sub-plot yang boleh diagak, tetapi saya sering tersenyum di sela-sela pembacaan. Desain kulit hadapan cantik, indah dan kontemporari sesuai dengan kisah keseluruhan novel ini. Susunan teks muka surat diatur kemas, tidak sakit mata untuk menatapnya.
Tahniah untuk penulis, saudara Bahruddin Bekri, orangSarawak . Saudara telah menghadiahkan sebuah penulisan kreatif yang baik. Saya akan cari lagi novel-novel tulisan saudara.
Sinopsis
Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing.
Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
Judul: Kita Hanya Di Seberang Jalan
Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS One Sdn. Bhd., terbitan Januari 2010
ISBN-13 & halaman: 978-967-5406-16-4 & 448 muka surat
Harga: RM 19.90 (Sem.Malaysia ) / RM 21.90 (Sabah & Sarawak)
Saya suka isi dan cara persembahan saudara Bahruddin Bekri. Bersahaja tetapi amat menghiburkan. Cara penulis mengolah sebuah kisah yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu secara narasi yang luar biasa membuatkan plotnya indah dan asyik. Ia sebuah kisah cinta dan perjuangan dalam kehidupan. Cinta sahabat sepupu dan cinta sesama insan.
Kisah mencari kerja yang sesuai, menanti cinta datang (cinta harus dicari dan dibajai) dan mencari modal untuk bisnes dinarasi pintal memintal bersama watak-watak bantuan. Watak-watak sampingan itu juga dijalin secara molek, tali-temali tidak putus. Dirangkai menggunakan lenggok penceritaan bahasa Melayu yang indah.
Satu plot mengenai pemburuan pencarian modal bisnes. Walaupun derma/bantuan oleh orang kaya itu kepada sepupu Rusdan (nama sudah lupa) sebanyak RM500,000 itu nampak 'keterlaluan', namun demi untuk melengkapkan pengajaran kepada Amrullah, maka ianya wajar. Tambahan pula, kerana kegiatan dan tipu-helah Amrullah berhasrat mematikan bisnes sepupu Rusdan, dan memberi ‘pukulan’ kepada Rusdan demi mengejar cinta seorang gadis, menatijahkan bantuan besar tersebut. Ianya memang adil. Lagi pun ayah Amrullah memang jutawan (orang kaya itu).
Ada
Tahniah untuk penulis, saudara Bahruddin Bekri, orang
Sinopsis
Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing.
Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
Judul: Kita Hanya Di Seberang Jalan
Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS One Sdn. Bhd., terbitan Januari 2010
ISBN-13 & halaman: 978-967-5406-16-4 & 448 muka surat
Harga: RM 19.90 (Sem.
3 comments:
Terima kasih Abg Web, sudah saya singgah di sana..terharu tu...hehehe..tapi cerita itu memang menarik..cover pun menarik..siap ada pelan kedai lagi..heheh" (melalui Facebook)
Salam. Boleh saya tahu kat mana nak beli novel ni? Macam menarik untuk dibaca :)
Sdr. Noi, sila dapatkan di mana-mana kedai buku. InsyaAllah, ada dijual.
Post a Comment