
Ingat peristiwa Sabra dan Syatila pada 16 Sept. 1982 (3 hari), dan operasi Cast Lead selama 22 hari di Gaza bermula pada 27 Dis. 2008 lalu? TERRORIS ISRAEL secara membabi buta membunuh rakyat Palestin terdiri daripada lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Berapa ribu yang syahid dalam kedua-dua episod keganasan TERRORIS ISRAEL tersebut? Saudara carilah infonya.
Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Setiap kali saya membaca atau menonton kisah dan tragedi berkaitan umat Palestin, hati saya terhiris bagai ditusuk sembilu. Memang Yahudi
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.
Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis
"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Tindakan Israel itu juga, katanya adalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi. (Sumber: Harakahdaily oleh Nazri Abdullah)
Baca seterusnya >>>
0 comments:
Post a Comment