Saudara pernah menaiki keretapi di sebelah malam? Saya ada nostalgia yang mahu diperikan di sini. Sewaktu masih belajar di Kuala Lumpur dan kemudian di sebuah universiti di Pulau Pinang , ada kalanya disebabkan kehabisan tiket bas ekspres, saya menggunakan perkhidmatan keretapi pulang ke kampung di Jerantut, Pahang. Perjalanan di sebelah malam menjadi pilihan.
Keretapi dari Butterworth atauKuala Lumpur akan berhenti di Gemas, Negeri Sembilan sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Timur. Di Gemas, sama ada kepala keretapi ditukar atau penumpang ke Pantai Timur akan menaiki keretapi lain. Di situlah suara sebegini akan kedengaran, “Nasi lemak, karipap, kopi O. Nasi lemak, karipap, kopi O."
Laungan itu berulang-ulang. Saya salah seorang yang akan membeli jajaan si kecil di dinihari yang dingin itu. Memang nostalgia kerana saya kira sekarang ini ‘nyanyian’ dinihari tersebut sudah tiada lagi.
Apa kerja kanak-kanak kecil yang menjual makanan dan minuman itu sekarang? Harapan saya semoga mereka semua sudah berjaya dalam pelajaran masing-masing ataupun sudah menceburi bisnes.
Cerita kedua (terjadi pada bulan November 2009)
Gara-gara membaca novel Wo Ai Ni Allah, mata aku tidak mahu lelap. Batinku juga tidak tega untuk tidur malam tadi. Novel yang berbicara fasal cinta. Sebuah kisah pencarian cinta yang agung. Pandangan aku tentang novel itu di sini.
Lantaran mata aku yang degil, aku keluar rumah ke kedai berhampiran sesudah tunaikan tanggungjawab terhadap sang Pencipta. Jam menunjukkan 6.15 pagi. Keluarnya aku kerana membeli sebungkus roti bagi memenuhi keperluan jasmani.
Semasa berjalan menuju ke kereta yang diparkir di tepi jalan, melintas sebuah van yang aku kira tentunya membawa nasi lemak dan lauk-pauk berkaitan. Teringat aku kira-kira tiga tahun lepas. Bahawa aku juga akan memandu kereta di waktu sebegini menuju destinasi untuk menjual nasi lemak dan lain-lain makanan seperti mee dan bihun goreng serta kuih-muih.
Sungguh, perjuangan menghidupkan dunia bukannya mudah. Namun rezeki Allah ada di mana-mana. Usaha, doa dan tawakal. Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Allah murka terhadap hambaNya yang bermuram durja dan berkeluh-kesah. Aku menyedari bahawa menjual nasi lemak di waktu pagi bukan sebanyak mana hasilnya. Tetapi rezeki tetap mesti dicari. Tiada orang lain yang dapat mengubah nasib diri sendiri.
Yang mungkin kita sering lupa ialah persediaan untuk kehidupan di dunia satu lagi. Dunia kekal. Aku terus meraih, memburu serta membajai cinta agung itu, di samping berusaha meraih rezeki Allah sebagai jambatan.
Cerita ketiga: Saya dan nasi lemak
Beberapa tahun yang lalu, bisnes pertama yang saya laksanakan semasa masih lagi bekerja makan gaji ialah membuka kedai langsir dan menjual busana wanita di suatu lokasi di Kuala Lumpur. Modal bukannya sedikit, namun takdir menentukan segala, bisnes itu gagal.
Seterusnya tatkala ada perancangan untuk berhenti kerja dari JARING Communications Sdn Bhd, saya sudah memulakan bisnes menjual nasi lemak. Pada permulaannya saya menjual nasi lemak dan kuih-muih di satu lokasi. Tidak berapa lama kemudian saya membuka gerai di tiga lokasi berlainan secara serentak.
Beberapa kali saya mengubah lokasi bagi mencari tapak yang strategik, iaitu lokasi yang mempunyai potensi pelanggan yang tinggi. Akhirnya tiga tapak tetap saya pilih. Tiap-tiap pagi saya keluar dari rumah di antara jam 6.15 – 6.30 pagi bagi menghantar makanan dan staf yang menjaga gerai-gerai tersebut. Gerai ‘pacak’ yang didirikan menggunakan payung dan dua meja setiap satu.
Hasilnya mengikut hari. Ada hari yang lumayan, ada pula yang agak perlahan. Namun syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana sepanjang bisnes nasi lemak tersebut, saya tidak dihalau oleh mana-mana pihak. Ramai pelanggan tetap yang hampir setiap hari tanpa jemu berkunjung untuk mendapatkan menu nasi lemak yang disediakan oleh chef saya. Mereka berpuas hati dengan rasa masakan dan harga yang saya tetapkan.
Alhamdulillah, dengan wang gaji yang saya kumpulkan beserta hasil dari penjualan nasi lemak, saya membeli peralatan utama katering; pinggan mangkuk, sudu dan garfu, gelas, bekas air sejuk dan panas, cawan, perkakas keluli untuk mengisi makanan dan alas meja.
Bisnes katering saya terus berjalan bersama-sama dengan penjualan nasi lemak. Kadang-kadang lantaran ada pesanan katering, saya terpaksa menutup dua gerai serentak pada suatu masa. Natijahnya, ramai pelanggan merungut kerana saya menutup gerai, dan selalu bertanya mengapa saya tidak membuka gerai nasi lemak semalam atau dua hari lepas.
Masa terus berlalu, dan bisnes katering saya menunjukkan kemajuan. Semakin banyak pertanyaan dan semakin kerap pesanan diterima dari klien. Akhirnya saya dan chef memutuskan sudah sampai masanya gerai-gerai nasi lemak itu ditutup bagi memberi tumpuan kepada katering. Saya menetapkan fokus bisnes.
Setahun yang penuh getir saya berjaya harungi. Tempoh kritikal tiga tahun juga, alhamdulillah, selamat direnangi. Segala puji hanya untuk Allah. Saya berhijrah sudah hampir empat tahun lalu.
(Gambar: Nasi lemak dan acar buah bagi pelengkap sajian nasi beryiani / tomato / minyak.)
Keretapi dari Butterworth atau

0 comments:
Post a Comment