
Cerita Khalifah Umar al-Khattab begini (jika salah, tolong betulkan fakta ini). Sebaik sahaja Umar al-Khattab mengakui keislamannya di hadapan Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam), dalam keseorangan Umar terasa ingin meminum arak. Lalu dia pergi ke
Kisah kedua pula begini. Umar sentiasa bertanya Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) bila boleh berjihad untuk membalas kembali onar cemar kafir Quraisy menghina, mencederakan dan membunuh umat Islam yang baharu sahaja berkembang. Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) menyuruh Umar bersabar dahulu.
Pada suatu hari turunlah ayat Allah membenarkan perang jihad dilancarkan. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) mengenai ayat Quran tersebut, Umar terus pulang ke rumah dan tanpa berlengah mengasah pedangnya. Pada mulanya Umar tersenyum, namun kemudian dia bersedih dan menangis.
Isteri Umar bertanya mengapa dia menangis. Umar menjawab bahawa dia menangis kerana teringat kejahatannya semasa kafir dahulu. Semua dosa besar dia lakukan, termasuk minum minuman yang memabukkan, membunuh dan menanam anak perempuannya hidup-hidup.
Itulah antara tanda taubat sahabat Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tersebut. Umar juga ada bertanya tentang hal kejahatannya dahulu kepada Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam). Apa jawab Rasulullah? Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) menegaskan bahawa Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan taubat Umar diterima oleh Allah.
*** Selepas membaca novel sejarah Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam oleh saudara Abdul Latip Talib, saya teruskan dengan membaca buku Biografi Gemilang - Umar al-Khattab (terbitan Jasmine). Novel sejarah terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. itu memang indah untuk dihayati. Mudah dan cantik susun atur jalan ceritanya. Menyenangkan dengan ayat-ayat narasi secantik bahasa Melayu itu sendiri.
Lain sekali dengan buku sejarah terbitan Jasmine tersebut. Walaupun sebuah buku biografi yang baik, tetapi penterjemah dan penerbit agak gagal dalam susun atur ayat supaya mudah difahami. Maksudnya pembacaan buku terbitan Jasmine tersebut bikin kepala pening.
Namun saya sudah membaca kedua-duanya dengan perasaan kagum terhadap peribadi Umar al-Khattab. Memang dia reformis dunia Islam. Banyak perubahan dan pembaharuan yang beliau perkenalkan sepanjang kekhalifahannya. Juga perubahan terhadap peribadinya sendiri. Alhamdulillah. Begitu juga harapan saya untuk Datuk Zaid Ibrahim.
0 comments:
Post a Comment