Tiada apa yang saya mahu komen terhadap buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohamad. Edisi di tangan saya ialah cetakan keenam – edisi kemas kini 2008, sudah cukup menjelaskan kualiti kandungan buku ini. Isi dan bahasa yang digunakan memang mantap.
Apa yang saya ingin katakan ialah ada antara fakta atau penjelasan penulis terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Saya bekerja makan gaji selama lebih kurang 15 tahun. Dalam tempoh tersebut ada kalanya masa susah dan ada banyak ketika saya senang. Apabila senang saya menggunakan kemudahan kad kredit secara agak boros. Legasinya sampai sekarang masih terasa!
Dalam hal lain, saya pernah menceburkan diri dalam bisnes lain sebelum katering. Saya menemui kegagalan. Namun kegagalan itu tidak mematikan hasrat untuk mencari rezeki secara berniaga.
Memang benar kata Puan Ainon, sebahagian besar bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun. Tiga tahun pertama merupakan tempoh paling kritikal dalam apa-apa jua bisnes yang saudara ceburi. Jadi ambil langkah-langkah tuntas supaya hayat bisnes saudara tidak mati sebelum mendapat keuntungan.
Buku Memulakan Bisnes Sendiri meluaskan skop pemikiran saya, insyaAllah.
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

4 comments:
Salam hormat wahai Saudaraku.
"3 tahun pertama adalah tahap kritikal". Kedengaran menggetarkan !
Cukuplah aku ada ALLAH dan RASUL !
Salam kembali sdr Abang Long,
Memang begitu realiti dunia bisnes. Hanya pada Allah tempat mengadu, insyaAllah.
Bila lah saya nak start bisnes sendiri. Utk pengetahuan En Web, saya ni makan gaji, tapi dah bosan lah kerje dengan org ni. Dan semakin lama kebosanan ini semakin memakan diri... chheewah.
En Web mmg dah berapa lama dah berkecimpung dlm bisnes nih.. (Adeh, bunyi mcm interview la pulak!)
Sdr Faizah,
Terima kasih atas kunjungan & 'interview' hehehe..Ok saya bekerja makan gaji lebih kurang 13 tahun. Menceburi bisnes katering sudah hampir 3 tahun. Alhamdulillah.
Post a Comment