Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saudara mengenali Kassim Ahmad? Beliau merupakan seorang penulis dan politikus yang dilahirkan pada 9 September 1933 di Bukit Pinang, Kedah. Penulisan beliau berkenaan Hang Tuah telah mengundang kontroversi dan kritikan masyarakat justeru kerana beliau meletakkan Hang Jebat sebagai wirawan sejati kerana sanggup membunuh sultan demi mempertahankan maruah dan prinsip.

Beliau sekali lagi mengundang kontroversi dengan bukuHadith: A Re-Evolution’ sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai anti-hadis. Di dalam buku itu, beliau menyarankan dikaji semula hadis dan mengajak kita “kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.”


Kassim Ahmad pernah menjadi Pengerusi kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Oleh kerana pendapat beliau yang lantang dan radikal, Kassim Ahmad pernah dipenjara di bawah akta ISA selama hampir lima tahun.


Karya beliau yang pertama yang saya baca ialah Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA. Buku ini ditulis ekoran penahanan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November 1976 hingga Julai 1981.


Buku Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA
adalah serangkaian catatan dari pengalaman Kassim Ahmad sendiri. Iaitu pengalaman apabila beberapa orang pegawai polis berpakaian preman datang mengambilnya, pukul 2.30 pagi 3 November 1976, di sebuah rumah di Petaling Jaya hingga dia dibebaskan menjelang Hari Raya Haji dalam bulan Julai 1981.

Secara peribadi, label anti-hadis memang saya setuju dikenakan ke atas beliau. Walaupun saya banyak tidak menyukai beliau dalam perihal pembicaraannya mengenai Islam, namun buku Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA sudah lama saya khatam.
Saya membaca kisah ini semasa masih belajar di universiti sekitar tahun 1990-91.

Ikuti komen terkini beliau mengenai ISA, seperti mana dipetik dari blognya.
Kelmarin seorang pemberita Berita Harian telah menelefon saya dan meminta saya komen tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun saya mengatakan saya akan tulis sebuah artikel mengenai perkara ini, beliau meminta juga saya memberi kenyataan itu.

Saya mengemukakan tiga perkara. Pertama, prinsip undang-undang ISA ialah kemudaratan kecil diharuskan untuk mencegah kemudaratan yang lebih besar. Apa yang perlu dilakukan dalam kajian yang sedang dibuat oleh Kerajaan sekarang ialah mempastikan supaya undang-undang ini tidak boleh disalah-gunakan oleh pihak Eksekutif.

Perisytiharan Universal ada 30 artikel. Artikel 9 mengatakan: “Tiada seorang pun boleh ditangkap, ditahan atau dibuang negeri secara sewenang-wenang.” Artikel inilah yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan ISA. Namun demikian, Artikel 30 berkata: “Tiada suatu pun dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagai bermakna mana-mana Negara, kumpulan atau orang mempunyai apa-apa hak untuk mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau melakukan sesuatu perbuatan yang ditujukan untuk merosakkan mana-mana hak dan kebebasan yang dinyatakan di sini.” Artikel ini boleh ditafsirkan sebagai membataskan Artikel 9.

Berhubung dengan apa yang disebutkan dalam Quran ialah cerita Nabi Musa berguru dengan seorang hamba Allah yang diberi ilmu oleh Tuhan. (Lihat Quran, 18: 60-82). Dalam cerita ini, salah satu kejadian yang disaksikan oleh Nabi Musa ialah guru itu tidak semena-mena membunuh seorang pemuda yang tidak berdosa. Reaksi Nabi Musa ialah memarahi beliau. Akhirnya, guru itu menerangkan kepada Musa bahawa ibu-bapa pemuda itu orang mukmin yang baik, tetapi pemuda ini akan menjadi suatu bebanan besar kepada mereka, kerana kejahatan dan kekafirannya. Guru itu menambah bahawa perbuatanya bukan datang dari dirinya sendiri, tetapi dari Yang Maha Mengetahui.

Jadi, dari peristiwa ini, kita boleh menggubal suatu undang-undang, iaitu kemudaratan kecil (pembunuhan pemuda itu) diharuskan untuk mencegah kemudaratan yang besar (umpamanya seperti peranan Hitler dalam Perang Dunia Kedua).

Oleh kerana undang-undang ISA ini sangat luas kuasanya, ia perlu dipinda supaya ia lebih jelas, adil dan tidak boleh disalah-gunakan oleh Kerajaan."

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim1234@gmail.com. Laman web beliau http://kassimahmad.blogspot.com

Berkaitan:
Dua Wajah membuka rahsia kezaliman penggunaan ISA
Dengar cerita Menteri Maklumat, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim membuka tender penyediakan satu sistem bagi memblok “laman web yang tidak diperlukan.” Letihlah dengan saranan Rais Yatim ini. Sudah terdesak sangatkah justeru kerana keputusan Pilihanraya Umum ke-12, kes perebutan kuasa di Perak, kekalahan demi kekalahan siri pilihanraya kecil dan terkini kes Teoh Beng Hock?

Baca laporan The Star di bawah yang mendedahkan tentangan industri terhadap saranan dangkal dan terdesak ini.

PETALING JAYA: Online and wire agency reports that the Government is mulling an Internet filtering system similar to China’s controversial “Green Dam” project has got the local online community in a huff, while technology experts questioned the viability of the project.

Online portals and wire agencies reported earlier Thursday that the Government has called for a tender for a system that could block “undesirable websites.” Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim, whose ministry issued the tender, also plans to secure direct control over the content and monitoring division of Malaysia’s Internet regulator, Reuters quoted a source as saying.

Rais himself said last month that he would introduce measures to “control the bad” elements on the Internet. Neither Rais, nor any of the government bodies related to technology, were available for comment at press time.

China’s Green Dam project sought to install software filters on all computers sold in the country to block pornography and “other harmful content,” but has been put on the backburner because of technical issues and a rising tide of protest from civil society in and outside China.

The Association of the Computer and Multimedia Industry of Malaysia (Pikom) was disappointed with what it said was the Malaysian Government’s attempt to censor the Internet.

“It has gone against its word to ensure the medium remains open and uncensored,” Pikom chairman David Wong said. The MSC Malaysia Bill of Guarantees specifies that the Internet will not be censored to ensure the success of the MSC Malaysia initiative, he noted.

“It will also be difficult to filter ‘harmful content,’ especially that found in blogs, on the Internet as it knows no boundaries,” he said. Wong said Internet users did not share their thoughts only on blogs, but also through social network sites such as Facebook, Twitter and MySpace, as well as chatrooms and forums.

He said a better and more viable measure would be to educate the public on the consquences of spreading harmful or irresponsible content.

Technology advocate Dinesh Nair said the Government’s efforts might just be in vain. “They can try to filter the Internet but it won’t work,” he said.

He also believed that if the main reason was to block “undesirable content,” the Government would be better off using the educational approach. If the Government were to block one “harmful site,” another would just pop up in its place, he added.

Internet users, he said, view online censorship as damaging and will always find ways to circumvent any such barrier. “It’s better to educate the rakyat (people) to be proactive and identify these sites and exercise good Internet surfing habits, rather than censoring the Internet."

Artist and new media advocate Muid Latif said Internet censorship would only contribute to the negative growth of the Malaysian information and communications technology sector, especially in the area of creative content. “This ridiculous restriction will reflect badly on Malaysia and potential investors will think twice about making an investment here,” he said.

Many in the Government have blamed the vibrant and critical Internet culture for Barisan Nasional’s losses in the 12th General Election in March last year, and there has been pressure from some quarters to muzzle the medium.

The Government had previously considered registering bloggers, many of whom are critical of the ruling coalition.
(1) Ya, memang benar ISA ditempa bagi membendung anasir Komunis selepas Malaysia merdeka. Walaupun demikian, dalam banyak kes, seperti yang terjadi ke atas Syed Husin, penahanan beliau adalah sangat kabur. Melalui buku ini penulis mendedahkan bahawa semua alasan penahanan beliau dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa bukti.

Buku ini sangat berjaya mendedahkan lorong-lorong gelap tanya cahaya dalam tubuh akta yang ‘membenarkan’ unsur kezaliman dinobatkan. Lorong gelap kehidupan yang dilalui Syed Husin sepanjang hampir enam tahun itu seumpama lorong-lorong fizikal yang kelam yang dilalui beliau semasa berulang-alik ke bilik soal-siasat.


ISA merupakan sebuah akta yang digambarkan baik di permukaan, untuk membendung fahaman Komunis. Ya, mungkin ada eloknya. Tetapi ISA sebenarnya telah sekian lama disalahguna oleh pihak-pihak tertentu. ISA menghalalkan semua kaedah supaya tahanan politik mengaku perkara-perkara yang terlalu kabur, malah tidak langsung dilakukan oleh tahanan. Ini digambarkan secara terperinci oleh Syed Husin. Akta ini juga samar. Sebuah akta yang kabur apabila digunakan secara melulu, ianya menjadi sangat zalim.


Melalui buku ini penulis mendedahkan bahawa semua alasan penahanan beliau dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa bukti.
Ini digambarkan dengan terperinci oleh Syed Husin. Baca seterusnya....

(2)
Buku ini mendedahkan soal-siasat Polis Cawangan Khas (SB) Malaysia terhadap Saari Sungib selama 54 hari di bilik rahsia polis yang dikemukakan beliau dalam hujah representasi kepada Lembaga Penasihat Kamunting pada 6 dan 11 September 2001 yang lalu. Representasi ini adalah ‘demi membela diri terhadap tahanan tanpa bicara di bawah ISA.”

Buku ini merupakan pendedahan saudara Saari Sungib (kini bergelar Yang Berhormat) yang tidak dapat diragui kerana beliau seorang yang sudah menghasilkan lebih dari 20 buah buku. Justeru beliau memberi penekanan fakta bahawa “pertanggungjawaban terhadap kebenaran penulisan” ini amatlah penting.


Demi perjuangan menuntut keadilan, maka beliau bongkarkan penyelewengan dan salah guna kuasa polis dan pemerintah (di waktu itu). Membaca buku ini saya “menyoroti lorong-lorong gelap” dunia kepolisan di negara Malaysia yang tercinta ini.


Baca seterusnya....

PAUTAN KHAS:
Bantah ISA: Tahniah rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009

Photobucket

(3) Umat Islam Malaysia dan pimpinan Islam dalam Pakatan Rakyat WAJIB membuat pembelaan terhadap kematian mendiang Teoh. Jangan harapkan UMNO dan kerajaan BN Malaysia.
Baca seterusnya....

1 Ogos. TAHNIAH untuk rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dan sedang digunakan mesti dimansuhkan. Dari pelbagai sumber internet, hampir pasti bahawa hasrat 100,000 rakyat prihatin yang digembling oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tercapai. (Gambar kiri: Baju Dr Hatta dikoyak polis!)

Bagaimana dengan aku? Ah, aku sentiasa sibuk dengan urusan katering. Aku menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat turut serta dalam perhimpunan itu. Namun sokongan aku supaya ISA dimansuhkan tidak pernah sirna dari nubari.

Aku pada 1 Ogos 2009 terpaksa menguruskan rezeki anugerah Allah. Pada hari itu, aku dan pasukan ada dua sesi katering yang terpaksa dilunaskan; satu waktu siang di USJ, Subang Jaya dan satu lagi sesi BBQ di sebelah malam di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang dari USJ ke Ampang, aku menggunakan Lebuhraya Persekutuan. Aku sudah tahu bahawa banyak jalan yang disekat polis. Bagai dijangka, sebelum pintu gerbang sempadan KL/Selangor lagi, jalan sudah terlalu sesak, merangkak-rangkak bagai kura-kura. Waktu itu jam sudah hampir 5 petang. Sebaik tiba di lokasi Mid Valley, Bangsar, aku lencongkan kenderaan ke sebelah kiri menggunakan jalan Cheras/Seremban.

Lega hatiku kerana jalan itu lengang dan kenderaan berjalan lancar. Namun sebaik sahaja memasuki lebuhraya KL-Seremban menghala ke Jalan Sungai Besi, jalan sangat sesak. Ah, sangkut lagi, sedangkan aku terpaksa mengejar masa untuk sesi BBQ di Mont Kiara. Ya, aku pasti bahawa semua jalan menuju ke Istana Negara tidak boleh dimasuki.

Photobucket

Sampai di persimpangan Jalan Sungai Besi (sebelah kanan) dan jalan menuju ke Istana Negara (sebelah kiri), aku melihat polis trafik melencongkan semua kenderaan ke Jalan Sungai Besi. Memang merangkak! Aku sertakan dua keping gambar yang dirakam semasa pemanduan ke arah Jalan Sungai Besi (foto atas).

Lihat dan hayati gambar-gambar yang aku ambil dari pelbagai sumber di internet. Semoga rakyat Malaysia insaf bahawa inilah perbuatan pihak polis melalui arahan kerajaan UMNO/BN yang tidak mahu melihat rakyat menentang mereka. Apa sahaja tentangan, walaupun secara aman dan beradab, rakyat pasti akan diserang dan ditangkap. Betapa ANGKUHNYA polis dengan ‘PAKAIAN KUASA’ mereka yang dianugerahkan oleh rakyat. Namun perjuangan mesti diteruskan!

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top