Bagaimana dengan aku? Ah, aku sentiasa sibuk dengan urusan katering. Aku menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada rakyat
Aku pada 1 Ogos 2009 terpaksa menguruskan rezeki anugerah Allah. Pada hari itu, aku dan pasukan ada dua sesi katering yang terpaksa dilunaskan; satu waktu siang di USJ, Subang Jaya dan satu lagi sesi BBQ di sebelah malam di Mont Kiara,
Dalam perjalanan pulang dari USJ ke Ampang, aku menggunakan Lebuhraya Persekutuan. Aku sudah tahu bahawa banyak jalan yang disekat polis. Bagai dijangka, sebelum pintu gerbang sempadan KL/Selangor lagi, jalan sudah terlalu sesak, merangkak-rangkak bagai kura-kura. Waktu itu jam sudah hampir 5 petang. Sebaik tiba di lokasi Mid Valley, Bangsar, aku lencongkan kenderaan ke sebelah kiri menggunakan jalan Cheras/Seremban.
Lega hatiku kerana jalan itu lengang dan kenderaan berjalan lancar. Namun sebaik sahaja memasuki lebuhraya KL-Seremban menghala ke Jalan Sungai Besi, jalan sangat sesak. Ah, sangkut lagi, sedangkan aku terpaksa mengejar masa untuk sesi BBQ di Mont Kiara. Ya, aku pasti bahawa semua jalan menuju ke Istana Negara tidak boleh dimasuki.
Sampai di persimpangan Jalan Sungai Besi (sebelah kanan) dan jalan menuju ke Istana Negara (sebelah kiri), aku melihat polis trafik melencongkan semua kenderaan ke Jalan Sungai Besi. Memang merangkak! Aku sertakan dua keping gambar yang dirakam semasa pemanduan ke arah Jalan Sungai Besi (foto atas).
9 comments:
bangang xda otak..kenapa mesti takut ISA?? kalau xbuat salah, dudk diam2 laaa..memalukan melayu!!!!
tahniah rakyat malaysia kerana telah mengakibatkan kerugian ratusan juta kepada peniaga, lain kali buat besar-besaran lagi, supaya ekonomi negara lumpuh oleh perarakan kalian. syabas kepada penykong perarakan.
Sahabat Tanpa Nama berdua,
Alhamdulillah. Saya doakan semoga saudara berdua mendapat hidayah Allah & sentiasa di bawah lindunganNya. Amin!
"Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak."
Baca berita penuh: www.malaysiakini.com/news/109869
Assalamualaikum...
Sekadar pandangan dan pendapat...
Berlindung di sebalik alasan 'agama' dan 'keadilan' untuk melakukan sesuatu yang memberikan natijah yang buruk kepada orang lain bukanlah merupakan tindakan yang mulia dan harus diagungkan.
Jika bermain dengan kata-kata indah yang dipropagandakan untuk menambahkan jurang keretakan sesama umat islam mahupun yang bukan islam ataupun rakyat Malaysia keseluruhannya juga bukan satu perjuangan yang harus diraikan.
Kenapa perlu saling tuduh-menuduh dan menyalahkan pihak yang lain.
Untuk mendapat 'hidayah' dan 'perlindungan' yang dimahukan bertindaklah seperti menarik rambut dalam tepung...
sebenarnya banyak lagi cara untuk membolehkan suara kita didengar...
Berjumpa dan bertemu mata , tanpa menimbulkan kekecohan , kesusahan dan kerugian...
Alaikumsalam sdr BudakHutan,
Terima kasih atas pandangan. Saya hormatinya.
apa la salah nya ISA 2...biar kan je la...korg tau ke fungsi isa 2...
halang insurgensi yg da meluas d m'sia ni...nak ke mslh al-maunah dtg lg..ke ajaran sesat ke bluasa..nak perang lg ke...kite x sedar...tau2 nak salahkan org lain je...
ni ke budaya m'sia...bukan mcm ni nak settle kan mslh...dr sudut islam pon da salah...campor laki mpuan nak protes pas 2 mslh lain lak yg dtg...tak ke org lain pon susah..kate da merdeka..tp perang dalaman mcm ni la yg nak runtuhkan kite...sy pon bukan sokong krajaan tp klu mcm ni la care malu la saudara...da mcm xda akhlak..
Sdr Tanpa Nama di atas,
Saudara memberi komen 'out of context'. Please think out of the box.
Post a Comment