Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pada pandangan saya, tiada apa yang tidak boleh diselesaikan dalam perihal kemelut yang dikatakan sedang beriak di dalam PAS. Ya, memang tidak dinafikan ada riak. Cuma riak kecil yang terjana ketika sang pepatung hinggap di permukaan air tenang sahaja.

Pihak yang kelatahan teruk ialah juak-juak UMNO/BN, juga akhbar-akhbar mereka yang sejak dulu, kini dan selamanya akan menangguk di mana sahaja.
Tanggukan mereka tidak mengira di air jernih ataupun di riak kecil. Oleh sebab tanggukan merekalah, riak kecil itu seakan-akan membentuk riak besar yang bercempera di segenap penjuru.

Saya kira, jika pimpinan PAS meluruskan hati mereka atas kepentingan Islam yang syumul dan demi melestarikan negara Malaysia ke arah negara berkebajikan untuk semua kaum dan ugama, dengan izin Allah, parti Islam ini dan Pakatan Rakyat akan berjaya menongkah riak. Walaupun riak itu seolah-olah nampak bakal mencipta gelombang kecil dek onar juak-juak UMNO/BN, namun angin semilir kesucian Islam akan menghembus lembut. Hembusan kebenaran Islam yang didukung PAS akan menghalang riak itu menjadi gelombang.

Lihat sahaja gambar-gambar yang saya sertakan ini.
Pimpinan PAS okey. Jangan risau. Ahli, dan penyokong PR serta rakyat jangan terikut-ikut tarian UMNO/BN. Jangan menari umpama ular bila serunai fitnah ditiup!

0 comments:


Photobucket
top