Aku berblog sejak tahun 2006, bermula dengan menggunakan platform yang disediakan penyedia perkhidmatan internet JARING. Kini platform itu sudah tiada. Sejak itu aku sudah berblog dengan menggunakan beberapa penyedia blog dengan isi kandungan yang berbeza. Yang kekal sehingga kini ialah Blogger.
Pastinya isi atau bidang blogging yang pertama ialah perihal buku dan penerbitan. Kini aku mempunyai enam blog yang berlainan topik perbincangan. Namun dalam banyak entri ianya saling berkait dengan kehidupan, bidang kerjaya dan kecenderungan aku.
Blog Thinking of Book ini sudah mengalami transformasi sebanyak dua kali. Desain yang saudara sedang tatap kali ini ialah perubahan drastik kali ketiga aku mampu sediakan. Aku mengambil masa lebih kurang 48 jam untuk menyiapkan susunatur terbaru ini. Bermula dengan mencari templat HTML/XML, melakukan proses suntingan HTML/XML, dan menyusun kembali menu-menu tepi.
Blog Thinking of Book ini mempunyai hampir 460 entri. Antara masalah bagi blog yang mempunyai entri yang padat ialah proses menyusun semula. Proses suntingan kod-kod HTML/XML pula mengambil masa terbanyak dalam membangunkan blog kali ketiga ini. Proses terakhir aku lakukan ialah menyusun kembali beberapa entri yang terkini. Aku terpaksa lakukan kerana font dan susunatur teks banyak yang sudah bercempera. Sebahagian besar entri masih lagi belum diperbetulkan. Aku akan laksanakan perlahan-lahan, insyaAllah.
Semoga saudara tidak sakit mata dengan persembahan terbaru blog aku ini. Aku lakukan semuanya kerana kecintaan aku terhadap buku dan ilmu. Juga aku berbahagia kerana saudara dan sahabat sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Hanya kerana cinta, aku sanggup.

3 comments:
Salam Pasal Buku,
Cemburu juga sdr berjaya rekayasa blog sendiri.
Saya cuma nak tanya sikit jer, macamana nak tukar icon (.ico) kat atas tu?
Sdr Ulas Buku, sila lihat langkah-langkah yang saya hantar ke dalam inbox Facebook saudara. Saya hadapi masalah untuk paparkan di sini kerana ada coding HTML yang tidak dibenarkan.
Terima kasih sudah terima coding nya. Akan cuba hingga berjaya, kalau ada masalah saya akan rujuk sdra nanti.
Terima kasih.
Post a Comment