Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Masa begitu pantas berlalu. Kian aku mengejar, kian pantas masa mendahului. Masa sentiasa di depan. Dalam kesibukan mengejar cita-cita dan cinta, anak-anak terus membesar di depan mata.

Aku rasa baru sebentar menyambut hari lahir anak keempat tahun lepas, kini dia sudah dua tahun. Kelahirannya yang aku ceritakan di sini dan di sini menjadi titik tolak anugerah rezeki dari Allah. Semakin murah rezeki melalui bisnes katering. Alhamdulillah.

Pada suatu ketika, seorang rakan bukan Melayu bertanya kepadaku,
“How’s your baby?”. Aku menjawab dengan bangga, “I’m very proud of him.

Pada 21 Oktober lepas, genaplah dua tahun usia anak kecil itu. Aku, isteri dan anak-anak menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Satu majlis kecil diadakan di rumah. Kepada sahabat Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid, maaf kerana tidak menjemput kalian. Ianya cuma majlis kecil untuk ahli keluarga terdekat sahaja.“


"Ya Allah tuhan Pemberi Rezeki, aku bersyukur dengan rahmatMu.
Berikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Ternyata kasih dan cintaMu amat besar untuk hambaMu ini. Hanya aku yang terleka. Ampunkan aku. Jadikan anak-anak aku anak yang soleh dan solehah dan terbaik demi IslamMu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Dari umur 1 hari, kini dia bebas berjalan, jatuh dan berlari. Bangun kembali, berlari lagi.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

0 comments:


Photobucket
top