Gara-gara membaca novel Wo Ai Ni Allah, mata aku tidak mahu lelap. Batinku juga tidak tega untuk tidur malam tadi. Novel yang berbicara fasal cinta. Sebuah kisah pencarian cinta yang agung. Nanti aku tuliskan pandangan aku di sini.
Lantaran mata aku yang degil, aku keluar rumah ke kedai berhampiran sesudah tunaikan tanggungjawab terhadap sang Pencipta. Jam menunjukkan 6.15 pagi. Keluarnya aku kerana membeli sebungkus roti bagi memenuhi keperluan jasmani.
Semasa berjalan menuju ke kereta yang diparkir di tepi jalan, melintas sebuah van yang aku kira tentunya membawa nasi lemak dan lauk-pauk berkaitan. Teringat aku kira-kira tiga tahun lepas. Bahawa aku juga akan memandu kereta di waktu sebegini menuju destinasi untuk menjual nasi lemak dan lain-lain makanan seperti mee dan bihun goreng serta kuih-muih.
Sungguh, perjuangan menghidupkan dunia bukannya mudah. Namun rezeki Allah ada di mana-mana. Usaha, doa dan tawakal. Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Allah murka terhadap hambaNya yang bermuram durja dan berkeluh-kesah. Aku menyedari bahawa menjual nasi lemak di waktu pagi bukan sebanyak mana hasilnya. Tetapi rezeki tetap mesti dicari. Tiada orang lain yang dapat mengubah nasib diri sendiri.
Yang mungkin kita sering lupa ialah persediaan untuk kehidupan di dunia satu lagi. Dunia kekal. Aku terus meraih, memburu serta membajai cinta agung itu, di samping berusaha meraih rezeki Allah sebagai jambatan.

0 comments:
Post a Comment