.jpg)
Saya sudah mulakan pembacaan novel Numbered Account oleh Christopher Reich sebelum bulan Ramadhan lalu, tetapi berhenti sebaik sahaja masuk bulan mulia itu.
Selepas Syawal yang sibuk, saya mulakan pembacaan buku baru; Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup dan Bidadari Paderi.
Untuk makluman saudara, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd akan menganjurkan Jualan Penghabisan Stok Buku 2009 pada 2 - 13 November 2009 (Sabtu & Ahad ditutup), bertempat di lobi pejabatnya di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Masa dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Harga serendah RM1.00 - RM10.00. Pihak penganjur juga turut menyediakan hadiah misteri untuk setiap pembelian RM50.00 ke atas.
Kedai buku terpakai Payless Books juga akan mengadakan jualan gudang pada 28 Oktober - 1 November 2009 (Rabu - Ahad) di aras atrium, tingkat bawah, Ampang Point, Ampang, Selangor. Penggemar buku dan novel bahasa Inggeris jangan lepaskan peluang ini. Jualan gudang memang benar-benar murah. Sudahlah buku terpakai, ditambah pula jualan gudang. Saudara boleh bayangkan semurah mana harganya. Boleh dibeli seguni andai mahu dan larat!
Berkaitan: Sifat tamak kepada buku dan ilmu, tidak kepada yang lain
0 comments:
Post a Comment