
Telahan saya tepat. Dalang di sebalik kejadian yang memulakan debar awal kemungkinan perbalahan antara dua kerajaan dan serangan tentera Filipina terhadap pejuang pemisah Mindanao ialah agen perisik sekutu rapat
Mengapa
Sesungguhnya Arman berdepan dengan masa. Dia perlu melarikan diri dan mengejar dalam masa yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dalam masa yang sama membongkar siapa dalang yang mahukan tiga negara ini bertelagah.
Apa pula motif kedatangan seorang perisik Amerika Syarikat (AS)?
Dengan menggunakan beberapa anak tempatan
Novel aksi Kudeta

Watak-watak pejuang pemisah menjadi pelengkap inti sebuah perjuangan. Isi hati dan makna perjuangan dijelaskan secara baik oleh penulis Khairul Nizam Khairani melalui luahan hati anggota pejuang pemisah Mindanao tersebut. Perjuangan mereka panjang dan penuh onak duri. Pimpinan pejuang pemisah dan rakyat Mindanao mendambakan keamanan kekal bagi wilayah selatan Filipina itu. Tetapi AS menerusi agenda busuk mereka tidak mengizinkan keamanan impian rakyat Mindanao menjelma.
Persoalan cinta? Memang ada. Konflik jiwa jutawan Arman dalam mencari cinta. Antara kekasih hatinya dan seorang gadis wartawan bernama Adrienne. Adrienne, gadis misteri itu mempunyai agenda tersendiri serta penuh tekad dalam setiap keputusan. Namun di kala bersendirian, dia tetap mengalah kepada kata hatinya.
Makna cinta terhadap negara juga dibawa Arman ke Filipina. Negara Malaysia yang berdaulat ini memiliki rakyat yang sanggup mati demi tanahair tercinta. Itulah Arman, sang jutawan Melayu!
Saya sudah membaca novel Meniti Maut (Ayman Haikal) dan Mikhail (Ramlee Awang Murshid). Persoalan dasar yang sama diketengahkan oleh Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks, tetapi mempunyai kelainan tersendiri. Tahniah untuk penulis! Novel aksi dan thriller sebegini mesti diperbanyakkan di Malaysia. Dalam masa yang sama, kita dapat mewarnai ‘wajah’ sebenar agen Barat dalam cubaan mencatur iklim geo-politik rantau Asia Tenggara ini.
Untuk penerbit PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., mengapa perlu diterbitkan dalam dua jilid? Padahal saya kira memadai digabungkan kedua-dua novel ini dalam satu buku. Adakah kerana strategi bisnes yang memberi keuntungan yang lebih andai dibuat dua jilid?
2 comments:
wah, nk grab jugak la abg web..
Sdr Akim, insyaAllah saya sukar berbohong dari segi pandangan saya. Novel ini bagus, ada isi & isu yang membawa pencerahan.
Mungkin sudut persepsi saya agak berbeza dari orang lain, tetapi novel thriller memang menjadi minat saya. Jika tidak bagus, memang saya akan ulas dari sudut tidak bagusnya. Jika baik, saya akan ulas dari sudut keelokannya.
Mungkin ada insan yang gerun dengan ulasan saya. Walhal, itulah pandangan hati saya.
Post a Comment