Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

30 Syawal 1430H: Empat hari terakhir Syawal 1430 Hijrah adalah hari-hari yang penuh dengan aktiviti, iaitu aktiviti katering rumah terbuka Aidilfitri dan memenuhi jemputan perkahwinan serta rumah terbuka sahabat lama.

Hari terakhir bulan Aidilfitri ialah hari ini, 19 Oktober 2009. Di 30 Syawal 1430 Hijrah ini jugalah merupakan sesi katering terakhir rumah terbuka Hari Raya Aidifitri yang saya dan pasukan kendalikan.


Saya dan pasukan sudah bersedia bertempur di medan perjuangan seawal jam 4.00 pagi lagi untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn. Bhd. Kami bertolak dari rumah tepat jam 9.30 pagi ke lokasi syarikat korporat yang terletak di Taman Sri Gombak, Selangor itu. Majlis bermula 11.45 pagi dan berakhir hampir pukul 5.30 petang.


Saya masih keletihan sewaktu entri ini ditulis. Manakala Chef Hana sudah beradu. Alhamdulillah.

0 comments:


Photobucket
top