Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tanggal 21 Ogos yang lalu merupakan hari terakhir bagi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd. Encik Norden Mohamed (foto sebelah kiri) di syarikat penerbitan itu. Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan pemergian beliau.

Beliau bersama Alaf 21 selama 12 tahun
yang ternyata merakam banyak sejarah. Bermula dari sebuah syarikat kecil yang tidak dikenali, beliau telah mengatur pelbagai rancangan untuk membina nama Alaf 21 dalam dunia penerbitan buku.

Antara hasilnya ialah strategi beliau mengadakan kerjasama dengan Kuasatek bagi mengapdatasikan drama bersiri Salam Taj Mahal ke bentuk novel telah melonjakkan nama Alaf 21.
Dari situlah, nama Alaf 21 mula dikenali ramai. Setiap novel terbitan syarikat ini mendapat tempat di hati peminat-peminat.

Encik Norden akan memulakan tugas baru sebagai Group Managing Editor di akhbar Sinar Harian. Akhbar harian ini adalah milik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Sebagaimana beliau berjaya menaikkan nama Alaf 21, sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk bersama-sama memacu akhbar ini ke peringkat yang lebih tinggi.


Saya sendiri sebagai salah seorang peminat dan pembaca buku-buku terbitan Alaf21, terutamanya novel thriller saudara Ramlee Awang Murshid, mengucapkan selamat meneruskan perjuangan.


Peminat tegar novelis Ramlee ini ingin menyatakan bahawa kenangan manis bersama Tuan amat saya hargai sepanjang Tuan menerajui Alaf21. Sokongan peribadi kepada saya, serta sokongan padu kepada Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Musrhid (RAMFC) akan saya kenang. Pastinya kita akan ketemu lagi, insyaAllah.


Fikrah perjuangan Tuan lewat penulisan, bual mesra dan novel menjadi salah satu sajian pencerahan minda saya, insyaAllah. Perkasakan dunia penerbitan bahasa Melayu,Tuan.


Saya menunggu Meniti Maut II. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
ALLAHHU-AKHBAR!

(Web Sutera, Naib Presiden RAMFC)


Berkaitan:
Bilakah saya membaca buku?

Pesta Buku KL: Rangsangan slogan penjajahan Gold, Glory dan Gospel

Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut

3 comments:

Abang Long said...

Sudah terakam menjadi sejarah. Dengan tinta emas !

Tabib Haji Norjae said...

Salam persaudaraan. Singgah sebentar. Apakhabar Tuan rumah ?

Web Sutera said...

Sdr Abang Long, memang sejarah terakam sudah.

Tuan Tabib, saya sihat, Alhamdulillah. Terima kasih atas salam ukhuwah. Allahhu-akhbar!06


Photobucket
top