Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya kerap kali ditanya oleh rakan dan teman begini, “Kau ada masakah untuk membaca begitu banyak buku, sedangkan dalam masa yang sama menjalankan bisnes katering?”

Manakala dalam satu sesi ramah mesra bersama Pengurus Besar Alaf21 Sdn.
Bhd, En. Norden bin Mohamad, (foto di sebelah kiri) beliau menanyakan soalan yang sama terhadap saya. Ada pernyataan tambahan yang beliau katakan kepada saya, “Setiap kali saya ke blog saudara, mesti ada benda atau entri terkini dalam pelbagai isu (buku, dunia penerbitan dan bahasa). Kemudian beliau mengemukakan soalan, “Bila masa baca buku, menulis untuk blog dan melayari internet”?

Faktor yang pertama dan utama ialah minat membaca. Tanpa minat apa pun tidak menjadi walaupun masa lapang banyak.


Masa pembacaan saya seperti berikut:


1)
Tatkala menunggu suatu sesi katering selesai. Selepas selesai menyediakan hidangan di meja bufet dan memantau semua persediaan meja dilaksanakan dengan baik oleh staf bertugas, saya akan meminggir ke suatu sudut atau lokasi lain dan membawa buku bersama untuk dibaca.

2)
Selepas solat Maghrib. Saya akan habiskan masa antara waktu Maghrib dan Isyak untuk membaca, sama ada al-Quran, buku agama atau novel.

3)
Waktu sebelum melelapkan mata di malam hari. Saya akan cuba paling kurang pun setengah jam untuk membaca sebelum tidur malam.

4)
Sewaktu ‘berehat’ dalam tandas. Buku bukan berkaitan agama akan dibaca.

5)
Ketika menunggu. Tidak mengira tunggu apa, seumpama menunggu isteri membeli bahan-bahan mentah katering, saya akan lepak dalam kereta, pasang pendingin udara, kunci semua pintu dan menutup radio, saya akan tenggelam bersama buku.

6)
Pastinya masa-masa lapang tatkala tiada urusan segera katering yang perlu dilunaskan.

7)
Juga ketika menunggu air yang dijerang mendidih, ketika siaran iklan di peti TV, tatkala menanti mee segera masak dan ketika keseorangan di restoran menunggu atau sekadar minum air.

Saudara dan sahabat, bilakah waktu membaca buku?

13 comments:

akimsensei said...

Salam terjah Abg Web,
Thanks for the sharing. Very2 nice to read. Suspect and respect. Tak terdaya Akim nak ikut, Akim, kalau baca pun time cuti je, kalau time keja, memang xsentuh buku langsung. :(. Lagipun susah gak bila housemate xsupportive langsung, kene mental kuat bila pegang novel. Haha :). Nampaknya kene cari isteri yg sama minat la. huhu, nasib baik orang Perak yang den jumpa tu, memang kaki novel juga, cuma dia bz sket kat hospital Tawau tu.

Tirana said...

Sebenarnya minat itu yang menguatkan semangat mencari masa. Kalau dah minat membaca, kita akan berusaha mencari masa. Pantang ada masa terluang aje, mesti ada buku di tangan. Saya pun minat membaca.

Linda Amri said...

Salam ziarah Abg Web. Satu soalan yg baik sekali terutama sekali bagi kita yg tak lekang dengan kesibukan tugas di tempat kerja, tempat bisnes mahu pun di rumah dgn anak2.

Saya pun kekadang terfikir akan soalan ni sbb saya mmg suka membaca. Bila saya membaca buku?
emmm... nantilah saya jawab kat entri blog saya.

Salam ceria!

Web Sutera said...

Alaikumsalam sdr Akim, Tirana dan Linda,

Kongsi-kongsikan mana yang boleh dikongsi. Mana yang tidak boleh dikongsi, simpan sendiri..heheheh..

Untuk Akim, teruskan minat membaca, jangan peduli sangat usikan sahabat-sahabat. Itu perkara biasa.

Cik Awan Butirstar said...

wah!! masa yang dipenuhi dengan membaca..

Irfa said...

salam en buku..hehe
saya suka buku,sejak dr zaman kanak2 smpi sekarang.tp sejak kawin dan ada anak,cuma waktu lepas solat magroib je berpeluang belek buku.

akimsensei said...

to abg web,

betul 3x. mental mesti kuat. haha ;)

lanterajiwa said...

Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor

Nama Meor bukan lagi asing bagi penikmat muzikal jalanan (busker) terutama di Central Market. Sang penulis lagu dan pelantun suara ini juga telah berjaya menyiapkan 6 album sepanjang beliau digelar seniman jalanan. Tergerak daripada cuit-muit, sepak terajang dunia elitas dan sensitiviti beliau terhadap golongan marhaen maka tercetuslah ilham bagi merakamkan album yang diberi judul ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Sesuatu perkara yang menarik tentang album yang bakal terbit ini ialah kerana kesemua lirik disumbangkan oleh mereka-mereka yang komited dalam perjuangan dengan cara masing-masing seperti Black (Amin Iskandar) , Rahmat Haron, Ubi Lepih, Abdullah Jones, Hishamuddin Rais, Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib. Merujuk kepada judul album yang merakyat maka Meor mengajak semua sosok yang bergelar rakyat untuk sama-sama menggalang dana menerbitkan album yang memberahikan kejujuran sejurus sebagai satu tatapan generasi esok…

Khaifiat Sumbangan Dana :
Rujuk ke blog saudara Meor
http://www.pestajiwa.net/

Anonymous said...

Salam, alhamdulilah saya tidak terlalu dibebankan masa untuk membaca. Cuma kekadang masa turut mencemburui tika saat saya memerlukan. Saya biasanya membaca novel atau buku ketika saat menunggu sebelum masuk ke kelas (di sekolah). Jika di rumah, saya meluangkan pembacaan setiap kali sebelum tidur malam dan cuti di hujung minggu.

jane said...

salam abg web,

best ya...dapat membaca sekerap mungkin. saya paling suka membaca sebelum tidur. sangat mengesankan...!! juga seperti cikgu mesejabdul yg membaca sebelum masuk ke kelas... juga semasa menunggu murid2 saya siap kerja semasa tuisyen!!

total in all, dapatlah dalam 2 jam sehari saya membaca. habis jugak novel dan buku yg dah lama saya beli.........

Web Sutera said...

Cikgu Jane & Mesejabdul,

Memang begitulah, masing-masing ada kerjaya untuk meneruskan hidup. Yang terpenting ialah minat membaca. Masa kita boleh cari, seperti mana sdr berdua.

Teruskan!

IlhamHamdani said...

Salam Tuan Web Sutera,

Membaca di dalam tandas? Aha, saya juga amalkannya, walaupun isteri selalu bising, buat-buat tak dengar saja lah!

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

zakiah said...

salam ukhuwah Saudara Web Sutera

Sering saya mengunjungi laman saudara, meneroka dan merenungi apa yang dikongsikan....

setuju... minta yang positif akan mendorong kit auntuk berusaha mencari masa...

saya sendiri.. tiada masa spesifik... bagi saya masa akan ada jika kita cuba mencarinya...dan akan hilang begitu sahaja jika kita mengabaikannya...

jika berkesempatan... jemputlah berkunjung ke laman saya yang serba sederhana... mog aberdaya akhirnya mengikuti langkah saudara

salam ukhuwah


Photobucket
top