Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mencadangkan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengkaji dan menterjemahkan nahu yang terlalu kaya dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu bagi memperkasakan lagi penggunaan bahasa ibunda.

Perkara yang diutarakan oleh ulamak ini sangat saya sokong. Jangan lagi buku-buku agama Islam yang banyak diterbitkan oleh pelbagai penerbit ditulis hanya untuk ustaz-ustazah. Saya berkata begini justeru kerana hampir kesemua buku agama dalam pelbagai topik/subjek ditulis seolah-olah hanya untuk bacaan golongan agama, walaupun ianya diharapkan dibaca oleh semua masyarakat.


Mengapa saya katakan demikian? Buku agama menggunakan terlalu banyak istilah Arab, ditulis dalam gaya lenggok bahasa Arab, dan hasilnya ialah ayat yang berbelit-belit. Orang awam yang tidak berpendidikan Arab akan terkial-kial untuk cuba memahami ilmu yang hendak disampaikan, Sudah banyak kali saya bangkitkan hal ini, terutamanya bila saya membuat ulasan terhadap sesebuah buku.


Ubahlah corak penampilan dan gaya penulisan buku agama. Murnikan bahasa supaya menjadi wadah untuk memandaikan bangsa.


"Bahasa merupakan nikmat yang tidak terkira yang dianugerahkan Allah SWT ke atas seluruh manusia dan ia mesti digunakan sepenuhnya dalam berkomunikasi sesama manusia.
Sebagai contoh, Thailand berjaya menghasilkan produk buah-buahan melalui teknologi terkini tanpa menggunakan bahasa asing.”

Menteri besar Kelantan itu dipetik berkata demikian oleh Harakahdaily pada pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Dato' Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini.


Berkaitan
: PPSMI - Mutiara Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

Orang lain ada kedai buku bergerak, kita masih bergaduh fasal bahasa

Bahasa dan daulat


(Gambar: Tok Guru semasa melancarkan novel Bidadari Dari Timur di PWTC pada 19 April lalu)


Berkaitan:
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

2 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Saudaraku.

Sangat bersetuju !

Masih ada lagi ulamak yang mengajar kitab dengan cara lama. Contohnya, dalam bab Tauhid. Allah itu ada, Mustahil Ia tiada, adanya Allah, dengan adanya semuanya disisi kita.

Kenapa harus berbelit - belit ?

Seharusnya. Buku agama Islam hendaklah yang 'mesra' dengan Non Muslim. Supaya bukan Islam juga merasa teruja dengan hasil tulisan dalam buku tentang Islam. Tentang bab hidayah, itu urusan Allah. Yang penting kita berusaha ke arah itu.

Web Sutera said...

Salam kembali sahabat Abg Long. Memang itulah yang telah dan sedang terjadi ke atas buku-buku agama bahasa Melayu.

Saya kira tidak keterlaluan saya katakan bahawa ustaz / ustazah yang menulis dewasa ini syok sendiri. Ilmu yang ada tidak sampai ke khalayak yang amat memerlukan, juga non-Muslim yang ingin memahami Islam secara baik.

Justeru itu, pemahaman nahu dan lenggok bahasa Melayu yang baik teramat penting untuk dipelajari oleh golongan agama.


Photobucket
top