Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, apa yang dicari?
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 sudah menutup tirainya pada hari ini, Ahad 6 Mei 2007. Pesta buku yang bermula pada 27 April 2007 menyaksikan bahawa rakyat Malaysia memang suka membaca, walaupun peratusannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.
Saya mendapat maklumat bahawa perolehan tunai para pempamer meningkat tahun ini berbanding tahun lepas di sepanjang pesta buku berlangsung. Namun ada juga pempamer mengeluh kerana tiada perbezaan dari segi jualan, sama seperti pada tahun-tahun lepas.
Mengapa jualan tunai tidak meningkat bagi sesetengah peserta pesta buku tahun ini? Saya juga mendapat maklumat bahawa para pembeli mencari buku-buku terbaharu dalam pasaran di pesta buku ini. Maksudnya jika buku-buku tersebut sudah lama berada di pasaran, mereka agak keberatan untuk membelinya.
Salah satu faktor lain yang terpenting ialah para pencinta buku mengharapkan potongan harga yang menarik, seperti paling kurangpun 20% hingga 30% dari harga buku. Jika potongan yang diberikan hanya sekitar 10%, maka peminat buku, termasuk saya, tidak akan membelinya, melainkan buku tersebut sudah lama dicari. Potongan harga hanya 10% banyak ditawarkan di rangkain kedai buku yang sedia ada (terutamanya di
Penerbit dan pihak-pihak yang menjual buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur harus mengetahui bahawa para pembaca mencari buku dengan potongan harga paling kurang 20%. Harus diambil perhatian bahawa penggemar buku atau novel tidak mengira sangat harga buku, tetapi apa yang mereka cari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ialah potongan harga.
Namun sekiranya potongan yang diberikan sama sahaja dengan apa yang sentiasa ditawarkan di kedai buku seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya, Times Bookstores, Payless Books dan lain-lain, saya jangkakan mereka agak keberatan untuk membelinya. Melainkan, seperti yang saya sebutkan, memang buku-buku tersebut sudah lama dicari dan mengharapkan di pesta buku saja tempat yang boleh mendapatkannya. Dalam kes ini, pencinta buku pasti akan membelinya, walaupun tiada potongan harga langsung.
Pada hemat saya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur harus menjadi satu aktiviti yang lebih menjurus kepada memperkenalkan dan memperkuatkan jenama penerbit serta genre buku, bukannya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan maksima. Kes ini amat besar natijahnya terhadap pembeli buku runcit seperti saya.
Bagi kalangan industri perbukuan pula,
0 comments:
Post a Comment