Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Tanggal 17 Ramadan 1429 Hijrah, aku dan chef ke suatu lokasi di Pasar Budaya, Kuala Lumpur. Sudah terlalu lama kami tidak ke sana. Bagi aku, malas mahu ke sana memandangkan kesesakan jalan raya di sekitar Pasar Budaya tersebut sekiranya tidak ada keperluan mendesak.

Tetapi kami ke sana pada hari tersebut kerana memang ada misi penting. Kami dan kumpulan peminat novelis Ramlee Awang Murshid (RAM FC) bertemu buat pertama kali bagi suatu majlis kecil berbuka puasa dan merapatkan ukhuwah
.

Aku dan chef keluar rumah seusai solat Asar.
Aku parkir kereta di medan parkir di stesen LRT Pandan Indah. Kami gunakan LRT untuk ke sana. Aku dapat bayangkan kepayahan dan keributan jika aku memandu ke Pasar Budaya. Maklumlah masa puncak dan bulan puasa pula.

Semasa berlegar-legar dal
am Pasar Budaya, kami agak ‘tersesat’ justeru kerana perubahan persekitaran dalaman pasar lama tersebut. Ah, sudah lebih 10 tahun aku tidak ke sana. Banyak perubahan, makin cantik dan bersih. Sudut pelukis sudah diubah ke bahagian luar bangunan utama pasar, lebih kemas dan tersusun. Namun perkitaran luaran lain (di sebelah ruang pejalan kaki) masih lagi kekal seperti waktu aku bujang dahulu. Masih ada artis jalanan mempersembahkan seni nyanyian mereka. Masih ada lagi kaki lepak melepak di situ. Ah! Bagaikan nostalgia menjenguk di sudut hati.

Ketika aku dan chef melilau dalam Pasar Budaya, kami terserempak dengan Encik Nordin Mohamad, pengurus besar Alaf 21 Sdn.
Bhd. Beliau juga mencari-cari lokasi perjumpaan RAM FC. En. Nordin masih mengenali aku rupanya. Kami berbual-bual mesra. Bertanya khabar antara satu sama lain. En. Nordin bertanya bagaimana bisnes katering aku, dan aku pula bertukar pandangan berkenaan dunia penerbitan buku dan novel bahasa Melayu.

Sekitar jam 6.30 petang, aku dan chef ke premis perjumpaan RAMFC. Wah! Sudah ramai yang tiba.
Manusia pertama yang aku kenali ialah saudara Attokz. Aku berkenalan dengan ahli-ahli yang hadir. Tidak lama kemudian kelihatan tetamu yang kami tunggu, Ramlee Awang Murshid, ditemani isteri dan anak, serta En. Nordin tiba. Perbualan dan majlis ramah mesra semakin rancak.

Seusai solat Maghrib kami berkumpul semula untuk sesi autograph dan bergambar. Oh ya, berkenaan kamera aku. Memang sejak awal lagi aku sudah merancang untuk merakamkan sesi perjumpaan RAMFC ini. Alih-alih kamera tertinggal dalam kereta. Aku teringat bahawa aku tidak membawa kemera bersama sebaik sahaja turun dari LRT setiba di Pasar Budaya. Nasib-nasib! Jadi tidak dapatlah aku merakamkan suasana mesra dan meriah perjumpaan ters
ebut.

Aku bawa dua buah novel yang masih belum ditandatangan oleh Ramlee; Ungu Karmila dan Hijab Sang Pencinta. Novel-novel lain sudah ada tandatangan penulisnya semasa
sesi Pasino di Rumah Pena pada 28 Julai 2007.

Untuk rakan-rakan – Elle, Attokz dan isteri, Hakim, Mie Long dan isteri, Eliz, Linda, Anim, dan rakan dari Melayu.com serta yang lain, terima kasih atas ukhuwah ini. Semaikan ikatan persabatan ini dengan ukhuwah Islam, insyaallah pertemuan kita akan diberkati Allah.


(Gambar atas ehsan blog Mentari Indah)

4 comments:

Sabiah said...

Seronoknya dpt berjumpa kwn2...

Saya baru join RAMfc bbrp hari lepas.

Anonymous said...

Assalamualaikum sdr Sabiah,

Laa, kenapa baru join? Kalau tidak boleh ikut hari itu. Sdr tinggal di Puchong kan? Tidak mengapa, lain kali boleh ikut serta.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Saya tak tau RAM ada FC. Dalam simpanan saya belum ada Igauan Maut dan Pei Pan. Susahnya nak cari.

Anonymous said...

Assalamualaikum sdr El,

Ya, sila daftar RAM FC. Lihat banner Google Group di sebelah kanan blog ini.

Igauan Maut memang tidak lagi diulang cetak. Jika sdr jumpa memang bertuah, iaanya terbitan DBP. Untuk Pei Pan, novel ini masih dijual di kedai buku besar seperti MPH. Cuba cari di sana.


Photobucket
top