Continue Teaching Science and Mathematics in English
by M. Bakri Musa
In May 2003, five months after the government started the teaching of science and mathematics in English in our schools, the Ministry of Education produced a “study” with the incredulous findings of significant improvement in our students’ achievements! All in five months!
Now five years later, research from the Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) showed the very opposite results. What gives?
Both studies were prominently and uncritically reported in our mainstream media. That first study was presumably swallowed whole by our policymakers to justify continuing their policy. Rest assured that this second one too would be used for a similar purpose, as an excuse to jettison that same policy.
Amaran 12 September – Dato’ Baha Zain
Hanya penyapu yang bersih sahaja yang boleh membersihkan rumah. Penyapu yang sudah kotor jangan dipakai lagi.
Dua tahanan ISA itu dikaitkan dengan sensitiviti agama. Kenyataan akhbar itu berkaitan pendidikan dan bahasa Melayu. Tidakkah sudah sangat-sangat jelas termaktub dalam Perlembagaan Persektuan itu tentang kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.Tidak juga ada kekaburan tentang bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Pertanyaannya kenapa timbul keberanian orang menyentuh tentang amalan penganut Islam di Malaysia ini? Kenapa setelah 51 tahun merdeka timbul protes dan kemarahan sesetengah orang Melayu (rakyat dan cerdik pandai) terhadap kerajaan tentang kedudukan dan peranan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan kita?
Pertanyaan-pertanyaan mudah ini harus difikirkan dan dijawab dengan jujur dan ikhlas oleh pemimpin politik UMNO, yang Islam dan yang Melayu. Kenapa pemimpin UMNO? Kerana UMNO telah menjadi tulang belakang pemerintahan sejak awal merdeka lagi. Islam sebagai agama rasmi negara harus dengan jelas dan tegas diterjemahkan dalam dasar-dasar kerajaan dan dilaksanakan, tanpa menidakkan keadilan bagi penganut-penganut agama lain.
Penganut-penganut agama lain tidak boleh tidak mesti menerima hakikat ini kerana sudah termaktub dalam perlembagaan sejak negara ini merdeka. Tak ada retorik dan permainan politik lagi. Kalau tidak dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman berbangkit isu ini dan kerajaan bertindak reaktif untuk mengamankan rakyat yang bebal dan busuk hati.
Islam tidak pernah tidak adil, dan selama-lamanya tidak berbuat kezaliman kepada agama-agama lain. Kalau majoriti orang Melayu tidak beragama Islam selama ini, maka sudah terjadi banyak kezaliman dan kejahatan terhadap masyarakat bukan Melayu. Justeru kerana mereka berpegang kepada nilai-nilai kejiranan dan kemasyarakatan Islamiah , maka mereka sangat mengawal sikap dan perbuatannya.
Tetapi pemimpin Melayu-Islam di Malaysia jangan terlalu banyak bermain politik dengan rakyat tentang soal agama. Hadapi dengan tegas dan berani, dan amalkan.
Satu gagasan dan dasar pemerintahan yang jelas tentang Islam, dan mekanisme pelaksanaannya harus perkenalkan tanpa takut-takut terhadap agama lain. Kalau Mei 69 menyaksikan pertumpahan darah antara Melayu bukan Melayu, bayangkan pergaduhan agama akan lebih tragis dan traumatik untuk negara yang kecil ini. Tak ada sesiapa yang lebih untung, kerana seluruh negara akan dirugikan dan tidak akan sembuh dengan mudah . Inilah cabaran kalau menjadi pemimpin politik negara; harus berfikir dengan mendalam dan bukan untuk menyadap kesenangan sahaja.
Sila baca di sini untuk artikel penuh Dato’ Baha Zain (bos lama saya semasa bertugas sebagai Editor di Dasar Padu Sdn Bhd).
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
2 comments:
Saudara,
Isu subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris ini juga sama seperti isu tulisan jawi.
Masalah sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris ialah masalah kelemahan bahasa Inggeris yang disalah selesaikan dengan menukar bahasa asas subjek yang tiada kaitan dengan bahasa iaitu subjek matematik dan sains. Padahal tiada apa-apa perubhan kritikal yang dilakuan dalam teknik pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris bagi menjamin kemajuan prestasi pelajar-pelajar bahasa ini.
Masalah tulisan jawi pula ialah tulisan jawi disalah fahamkan oleh sesetengah orang bukan Islam sebagai berkaitan dengan agama Islam.
Tulisan jawi hanyalah salah satu peralatan untuk tulisan bahasa Melayu sahaja. Ia bukan subjek agama.Hal salah faham ini dikuatkan lagi apabila subjek tulisan jawi diajar oleh ustazah mata pelajaran agama Islam.
Padahal kementerian pendidikan patut meletakkan subjek tulisan jawi di bawah mata pelajaran bahasa Melayu. Ini kerana tulisan jawi hanya boleh dibaca dan ditulis dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi bukan bahasa arab, malah sebutan sukukata dan sebutan hurufnya juga berbeza, walaupun kebanyakan hurufnya ialah huruf arab.
Pelajaran agama Islam pula harus diajarkan didalam bahasa Melayu rumi dan bahasa arab.
Saya tidak faham kenapa sesetengah orang mengatakan tulisan jawi boleh menolong pelancung arab kerana sebutan dan nahu tulisan jawi ialah untuk bahasa Melayu bukan bahasa arab. Tulisan jawi boleh memperkayakan lagi subjek bahasa Melayu itu sendiri, ini kerana sebelum bahasa Melayu rumi wujud orang melayu di nusantara ini berkomunikasi secara bertulis menggunakan tulisan jawi. Silalah lihat buku-buku, kitab-kitab dan hasil penulisan orang Melayu dahulu kala (ini termasuk batu bersurat dan batu-batu nisan lama).
Jadi sebagai wakil rakyat ahamkah Teresa Kok tentang isu ini, pengundinya termasuk orang Melayu juga?
Sekian, Nor.
Sdr Nor,
Memang Teresa Kok tidak faham dalam perihal tulisan Jawi. Itu sebab saya kata, dia emosional. Sepatutnya beliau lebih tumpukan kepada banyak lagi isu-isu negara yang begitu menekan rakyat.
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek matematik & sains juga tidak berasas. Benar kata saudara, sepatutnya yang lebih perlu ditekankan ialah aspek pengajaran bahasa Inggeris. Langkah supaya pelajar sekolah lebih mahir berbahasa Inggeris bukannya melalui matematik & sains.
Post a Comment