Harakahdaily.net menerbitkan satu berita bertajuk seperti di atas. Saya secara peribadi amat perihatin kepada nasib generasi ke-2 Felda. Saya petik beberapa perenggan berita tersebut.
Persatuan Anak-anak Peneroka Se Malaysia (Anak) menggesa kerajaan dan Felda menjamin masa depan generasi kedua Felda yang menjadi peserta Felda Plantations Bhd.
Namun, kata Mazlan apa yang diharapkan oleh generasi kedua Felda itu tidak kesampaian apabila Felda dilihat tidak berminat untuk menaik taraf status peserta Ladang Platations sebagai peneroka sebaliknya mahu terus mengekalkan mereka sebagai pekerja ladang setaraf buruh asing atau lebih buruk lagi.
Berita penuh:
Pautan berkaitan: Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiga Felda?
4 comments:
Sampai bila 'mereka' akan ingat tentang DERITA RAKYAT ?
Kena ingat, siapa yang akan usung keranda kita ?
Abang Long,
Saya juga merupakan generasi ke-2 Felda, ya alhamdulillah yang agak berjaya. Dapat ke universiti. Tetapi bagaimana nasib yang tidak berjaya, yang masih di tanah rancangan? Nasib mereka kurang terbela, ramai yang terjebak dengan najis dadah.
Jangan pula kerajaan lupa akan hal ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa nasib mereka perlu dibela & disusun kembali supaya mereka tidak menjadi generasi yang rosak & terabai!
Mereka adalah anak Melayu, Abang Long...
Tu lah...
kena fikir fikirkan,
yang dok felda komunitinya melayu
Tapi byk yg jadi tempat sarang judi,sarang dadah,bohsia,rempit .sbb diorng tu tgk tv percaya media nak keluar jauh.lagi ditayang benda mengarut lagilah teruk org kg.
Filem bohsia tambah jadi bohsianya;
" rempit " " rempitnya
apa nak jadi anak felda kita.anak felda kita tu..la anak melayu
supaya andaian "BUMI DIPIJAK MENJADI MILIK ORANG" tidak menjadi kenyataan.
Sahabat Tanpa Nama, itulah maksud saya. Pihak kerajaan harus ingat, bukan setakat menabur janji setiap kali menjelang pilihanraya.
Mereka semua anak-anak Melayu.
Post a Comment