Seminar selama setengah hari itu dianjurkan Institut Latihan dan Dakwah Selangor dengan kerjasama Jais. Antara objektifnya memberi penjelasan berhubung konsep penghayatan Islam syumul dalam kehidupan.
Dalam perkembangan lain, satu badan NGO Melayu dilaporkan telah menyerahkan memorandum bantahan membabitkan isu pentadbiran hal ehwal Islam kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 3 Julai lalu.
Memorandum itu antara lain menyatakan “rasa kebimbangan berhubung pentadbiran masjid di bawah kerajaan baru selain membangkitkan isu penggunaan masjid yang didakwa dijadikan tempat berpolitik.”
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata semua pihak dalam masyarakat diberi kesempatan menyertai pentadbiran masjid dalam usaha mengimarahkan institusi itu.
“Kerajaan negeri memberi jaminan akan bersikap adil dalam hal ehwal pentadbiran masjid di negeri ini.”
Badan NGO Melayu ini mungkin panas telinga dengan isi khutbah yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan khatib membentangkan beberapa perkembangan semasa dalam negeri dan negara. Bagi saya isi khutbah sejak kerajaan baru memerintah elok sahaja. Mungkin golongan ini (saya kira hanya segelintir) tidak pernah mendengar khutbah yang sebegitu. Kerana selama ini, khutbah hambar dengan isu-isu yang basi dan tidak kontemporari.
Mereka tidak faham bahawa Islam dan politik itu perkara yang sama. Islam adalah kaedah kehidupan kita, dan kehidupan ini memang tidak boleh lari dari siasah atau politik Islam.
Artikel berkaitan: Khutbah jelas, mata pun segar
2 comments:
Dahulu BACA KHUTBAH.
Sekarang BERKHUTBAH.
Dahulu, sewaktu BACA KHUTBAH, Imam 'tidur' makmum 'lena'.
Sekarang, sewaktu BERKHUTBAH, Imam 'menyinga' makmum 'ternganga'.
Rasanya, sudah tiada lagi Khatib yang membacakan khutbah dengan tajuk yang sama dalam satu tahun iaitu - MARILAH MAKAN BUAH BUAHAN TEMPATAN.
Sdr Abang Long,
Betul! Saya setuju. Bagaimana sekarang? Doa saya semoga Abg Long beroleh rezeki dari Allah, amin!
Post a Comment