Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Sewaktu bertugas di MIMOS Bhd dan Jaring Communications Sdn Bhd, saya banyak menulis di majalah-majalah Bahasa Melayu tempatan. Ada dalam waktu tertentu saya menulis satu bulan untuk lapan majalah berlainan. Pengkhususan saya ialah dalam bidang ICT dan teknologi. Kini sejak mengendalikan bisnes katering, kekangan kerjaya ini menyekat banyak sumber perkembangan teknologi.

Antara klien korporat yang menggunakan perkhidmatan katering saya ialah Akademi Sains Malaysia. Akademi ini ada menerbitkan beberapa bahan bacaan, termasuk EstiDotMy.

Photobucket
(Meja VIP di majlis Akademi Sains, 19 Jun 2008)
Saya sudah dapatkan beberapa keluaran EstiDotMy bagi tahun 2008 ini tatkala saya ke sana. Secara peribadi, saya kagum dengan majalah ini. Isi kandungan yang memfokuskan kepada perkembangan sains dan teknologi (S&T) amat baik untuk khalayak remaja dan orang dewasa. Saya yang sememangnya berminat dalam perkembangan S&T ingin merakamkan ucapan syabas kepada tim penerbitan ini.

Semoga usaha baik ini akan diteruskan bagi memandaikan bangsa.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top