Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Manusia merancang
tuhan merancang juga
namun…

tuhan perancang terbaik,

itulah satu kepastian
sentiasa manusia lupa
atau sengaja dilupakan?,

ada memandang remeh
solat hajat dan munajat
seorang hamba
di dinihari;
ada menjeling sebelah mata
tangisan hamba
sujud meminta
mengharap belas.

Tuhan belas sifatnya
isak tangis hamba
mengadu
diteliti dengar,

lantas,

ego manusia
sombong manusia
jahat manusia
onar manusia
dajal manusia
riak manusia
jahiliah manusia
angkuh manusia
gedebe manusia
samseng manusia
kurang ajar manusia,

dibalas seadanya
atau dipukul ranap,

saksikanlah.

2 comments:

mawar said...

tuan web sutera...saya mnta link blog ini yer...tq sdi ziarah k eblog sy...jika ada teguran yg mmbina silakan

Web Sutera said...

Sdr Mawar,

Saya izinkan.

top