Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Menggunung noda-noda di jiwa
melangit dosa-dosa membaluti tubuh
pun begitu
kelekaan menjadi teman

untuk bangun di dinihari;

ku menadah jiwa
memohon keampunanMu
pun begitu
bukan mengharap syurgaMu
juga bukan bidadariMu
…..cuma redaMu;

justeru
sehelai rambut dibelah tujuh
meniti titian mikro
dasarnya jurang neraka
…..hamba takut ya Allah!

4 comments:

Cik Awan Butirstar said...

dah pegi lawat masjid kristal..
canner lawa tak?

Web Sutera said...

Cik Awan,

Saya sudah pergi. Cantik dibina, tetapi...

sabiah said...

tapi apa?teringin nak pi jgak.tah bila berkesempatan.
sdr ada menulis buku ke?

Web Sutera said...

Sdr Sabiah,

Maksud saya fizikal cantik, binaan agak anggun, tetapi saya tidak pasti dengan pengisiannya.

Saya ada menulis buku, satu siap dan satu lagi masih dalam pembikinan. Dulu aktif menulis rencana ICT & teknologi.

top