Abdullah Ahmad menempelak orang-orang Melayu yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu, walaupun ketika berbual sesama bangsa Melayu. Dalam kategori lain, ada segolongan orang Melayu menggunakan bahasa rojak, iaitu Melayu campur Inggeris, yang menodai kesucian bahasa Melayu. Tanya penulis, “Kenapa mereka harus belajar kacukan Melayu-Inggeris dan tidak menikmati bahasa Inggeris tulen?” (Atau belajar bahasa Melayu tulen).
Terkenang satu peristiwa berkenaan isu ini. Semasa saya bertugas sebagai editor di salah sebuah syarikat penerbitan Melayu di Kuala Lumpur (kalau tidak silap tahun 1994), saya telah dihantar ke suatu seminar atau wacana berkaitan dunia perkamusan Melayu. Ramai pembentang kertas kerja dijemput dari serata dunia, termasuklah (yang saya cukup ingat) seorang professor bahasa Melayu dari
Selesai majlis, saya berlegar-legar dalam dewan persidangan sambil memasang telinga. Terdengar seorang tokoh bahasa Melayu tempatan bercakap menggunakan bahasa Inggeris dengan seorang teman Melayu juga. Saya lantas menoleh, terkejut dan kaget! Baharu sahaja selesai membincangkan dunia perkamusan Melayu dan usul-usul susulan diperdebatkan, tokoh bahasa Melayu itu, saya kira, malu untuk bertutur dalam bahasa yang dia perjuangkan!
Satu sikap yang amat hipokrit!
3 comments:
Budaya yg biasa sy tgk bila orang Melayu minta izin laluan dari org lain yg juga Melayu."EXCUSE ME" bukan "TUMPANG LALU".
Mungkin benar apa yg saudara web kata.
Assalamualaikum warahmatullah,
Saya pernah berborak panjang dengan seorang wanita berkulit putih di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam sementara menunggu penerbangan selanjutnya ke KLIA Saya berbahasa melayu Malaysia manakala dia berbahasa Indonesia dengan penuh santun.
Saya seronok dan geli hati melihat air muka penumpang (berkulit putih yang lainnya) tercengang-cengang dan tersenyum lebar mendengar perbualan kami.
Wanita itu mahu singgah ke Jakarta, selepas ke KL, kemudian ke Papua New Guinea manakala saya dalam perjalanan dari Manchester ke KLIA.
Pokoknya, terletak pada kita, sama ada mahu atau tidak mahu...bahasa kita mampu menarik perhatian orang asing...
Wasalam...
Assalamualaikum sdr Sabiah dan Umi Kalthum,
Terima kasih atas kesudian untuk menotakan komen bagi entri ini.
Saya setuju dengan pandangan saudara berdua.
Post a Comment