Saya tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini saya dikejutkan dengan beberapa kes kesihatan yang teruk dan juga kematian rakan-rakan yang dikenali. Kes pertama, sekitar akhir tahun lepas (2007), saya dikejutkan dengan kematian bekas timbalan ketua pengarah Perbadanan Produktiviti Negara, Dr. Wahab. Saya mengenali aruah Dr. Wahab melalui isterinya yang bertugas di JARING. Kali terakhir saya menemui dan berbual-bual dengan aruah ialah semasa membincangkan satu strategi bisnes. Di waktu itu, saya nampak beliau cukup sihat dan bersemangat.
Kes kedua mengenai penyakit barah otak pada tahap serius yang dihidapi oleh seorang rakan Cina. Menurut doktor, rakan tadi hanya ada masa selama enam bulan untuk hidup. Kes ketiga melibatkan seorang rakan berbangsa Cina di JARING. Beliau dikesan mengalami situasi darah beku yang terkumpul di bahagian pinggang, yang mengakibatkan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital.
Seorang rakan lain (staf JARING juga) yang tidak berapa saya kenali dilaporkan meninggal dunia di luar negara, seperti mana yang dikhabarkan oleh rakan-rakan di JARING. Bagi sahabat yang berkesempatan, mereka menziarahi jenazah aruah sebaik tiba di rumah dari KLIA. Akhir sekali rakan yang baru dikenali, novelis Panaharjuna, kembali menemui Tuhan di usia yang agak muda.
Seterusnya kematian Datuk Ishak Baharum dan Lolog, dua insan yang berbeza kerjaya, tetapi tetap manusia (Kedua-dua insan ini tidak mengenali saya, tetapi ramai daripada kita mengenali mereka).
Sesungguhnya mati itu perkara pasti. Yang kita tidak pasti ialah bila dan di mana, dan mungkin bagaimana. Juga benar ialah kalau belum sampai ajal, kita akan terus hidup sehingga sampai waktu yang dijanjikan.
Saat kematian manusia yang paling saya ingati sampai sekarang ini ialah ayah saya. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, peristiwa saat-saat akhir hayat aruah ayah masih amat segar dalam lipatan minda.
Ayah saya seorang pejuang. Berjuang untuk menyara dan membela keluarga, berhijrah dari Terengganu ke Pahang. Berjuang menentang penyakit yang dihadapi bersama emak dan anak-anak. Namun kalau sudah ajal, pergi jua menemui Tuhan yang maha pengasih. Itulah janji setiap yang hidup. Saya reda. Bak kata rakan seperjuangan ayah, “Mu dan adik-beradik mu, anak-anak yang baik. Sudah cukup baik menjaganya dan cuba mengubati penyakit yang dihadapi sedaya upaya.”

Saya cukup reda dengan pemergiannya ke alam yang kekal. Saya dan isteri serta adik-adik merasa ‘puas’ menjaga aruah ayah tatkala berjuang mengubatinya. Kami puas kerana kami sudah berusaha sebaik mungkin menjaga ayah di waktu sukarnya. Ayah menoktahkan kehidupan dunia ini di depan saya.
Lain pula ceritanya dengan rakan yang seorang lagi. Doktor sudah memberikan keputusan ‘mati’ terhadapnya lantaran hati sudah tidak dapat berfungsi. Selalu kita dengar pernyataan bahawa doktor bukan Tuhan. Memang betul, rakan saya tersebut ‘hidup’ kembali setelah tarikh ‘kematiannya’ dapat dilangkau. Yang menariknya, setelah ‘hidup’ kembali, kahwin baru pula dia.
Benarlah mati itu pasti. Namun sebelum datang Malaikat Maut menarik nyawa kita, berjuanglah untuk hidup dan yang terpenting ialah tanyakan diri sendiri, ‘Bersediakah aku untuk mati?” Cukuplah mati sebagai ingatan untuk orang-orang mukmin.

0 comments:
Post a Comment