
Pandangan kritis beliau yang agak “lari” dari pandangan umum, malah agak berlainan dari pandangan ahli-ahli politik pemerintah dan pihak kerajaan, berjaya membuka minda sedar saya. Bahawa “reformasi yang dicetuskan oleh penyingkiran Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998” telah didasari oleh gejolak sosial dan ekonomi yang parah, memang berasas.
Ulasan dari sudut sosial terhadap peristiwa semasa dalam negara dan serantau pada waktu itu, dan pandangan tidak berat sebelah Rustam memberikan saya sudut pandang-dengar dan taakulan yang bererti. Ianya sedikit sebanyak meredakan “keresahan jiwa” saya dalam mengharungi lautan minda sendiri dalam mencari pengertian terhadap peristiwa reformasi Anwar Ibrahim.
Judul: Menjelang Reformasi
Penulis: Rustam A. Sani
Penerbit: R publishing Services,
ISBN: 983-2949-00-9
Muka
Saya tahu dan sedar bahawa saudara Rustam A. Sani sudah tiada di dunia ini. Namun apabila terbaca artikel mengenai beliau di Harakahdaily.net bertajuk “Sumbangan tidak ternilai Rustam A Sani kepada Pakatan Rakyat”, saya ingin merujuk kembali kepada entri blog ini yang bertajuk “Gejolak sosial dan ekonomi negara dalam Menjelang Reformasi.
Tulisan saudara Abdul Syukor Harun dalam Harakahdaily saya kutip, “Kepergian seorang intelektual, penulis dan pemikir sosio-politik dan budaya adalah suatu kehilangan besar, jauh lebih besar dari kepergian seseorang tokoh politik popular yang tidak berwibawa.” Saya amat bersetuju dengan pandangan ini.
2 comments:
Saudara, ada dijual dimana ?
Abang Long,
Apa khabar?
Buku ini ada dijual di MPH. Lain-lain kedai buku, saya tidak pasti.
Post a Comment