Seawal
jam 7.00 pagi 31 Mei 2014, saya keluar dari rumah. Bengkel penulisan di Akademi
Must Read, Wangsa Melawati, menjadi matlamat. Bukan mengajar, tapi berkongsi
pengalaman menulis. Isteri pula sibuk dengan urusan katering di Damansara.
Subhanallah, dalam mengatur kehidupan dan rezeki.
Sesi
pertama bengkel dikendalikan oleh Cikpuan Nor Liana bt. Omar, seorang editor
hebat yang menyunting tiga buah novel saga sejarah penulis bersama Galeri Ilmu.
Novel-novel penulis dijadikan kajian kes. Dalam nada gurau dan serius, editor
ini mengimbau kembali saat-saat menyunting karya-karya saya. Fuh, kena lagi!
Sebuah
bengkel penulisan anjuran Khairy Tajudin Resources dengan kerjasama Bebas Press
dan Galeri Ilmu Media Grup.
Salah
seorang tenaga pengajar ialah editor majalah Anis, Galeri Ilmu.
Semua peserta dipelawa secara rasmi menulis cerpen untuk projek Bebas Press,
juga gesaan untuk menghantar artikel untuk majalah Anis.
Selepas itu bersambung dengan perbincangan strategi penerbitan, merungkai langkah bersatu hati. Kemudian berakhir dengan makan malam di satu kawasan di Keramat, Kuala Lumpur.
Di pertemuan kali keempat tim Bebas Press, beberapa isu kami bincangkan. Bukan berniat berlawan, ia usaha kami untuk meriahkan dunia perbukuan negara dalam hala tuju berbeza, insya-Allah. Kami juga ada cita-cita, sebuah gabungan tenaga pakar anak muda dalam melangkah untuk meninggikan Islam dan memandaikan bangsa.
Berpeluang bertemu dengan seorang penulis dari Miri, Sarawak, Tuan Azrul Jaini. Saya terharu dengan kesudian beliau datang sejauh itu. Mengambil kesempatan berbual, berkongsi dan meminta autograf novel fiksyen sains Galaksi Muhsinin.
Mesej Facebook-nya: "Alhamdulillah tamat sudah bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Bebas Press bersama penerbit Galeri Ilmu pada hari ini tadi. Terima kasih buat pengisi-pengisi slot yang memberikan pelbagai perspektif berbeza. Selamat perkenalan buat sahabat-sahabat baru. Moga bertambah kekuatan untuk membantu anak bangsa."
Antara yang saya kongsikan ialah pengalaman menulis rencana / makalah dalam sedozen majalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Juga bagaimana 'mengetuk pintu' rumah penerbit.
Menggali ilmu seumpama menggali batu, semakin dalam semakin berkualitilah batu itu. Namun batu yang lebih berkualiti ialah batu yang pandai digilapkan oleh penggilap batu.
** Insya-Allah, saya bersama Bebas Press. Tahun ini sebuah karya saya di bawah label penerbit ini akan diluncurkan. Sebuah kelainan dalam mencari erti bahawa niat tidak halalkan cara.

0 comments:
Post a Comment