Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Bisikan cinta
mudah bicara
adakah benar bagai dikata
andai Dia sering dilupa?

Dia berkata, “Marilah hamba!”
“Aku sentiasa ada”
“tidak akan pernah lupa”
“akan engkau walau berdosa.”

@@@@@@@

Kami bergadang, jalan di garis tak terputus 
kami pergi di mana tidak ada yang berani 
warisan yang kuat lahir ke dunia ini 
bersama kami, wahai ikhwan!
Dajjal takkan telus dalam persaudaraan Islam!

Semasa sesi bicara buku dengan tema ‘Mengambil Ibrah Sirah’ atau mengambil ibrah sejarah di Ekspo Buku MARA pada 21 Mei lalu, saya nyatakan:

“Saya bukan ustaz, hanya orang biasa-biasa sahaja. Insan lemah, daif dan fakir di sisi Allah Taala. Saya sebenarnya tak pandai bercakap untuk berkongsi ilmu. Jauh lebih mudah apabila saya menulis.  Itu anugerah Allah, sedar akan diri ini hamba-Nya.

“Ingin saya berkongsi kisah sejarah dalam al-Quran, Taurat dan Injil hasil kajian dan telaah kitab. Hasrat saya ialah untuk mudahkan perkisahan melalui novel, agar anak muda dan anak bangsa tak lagi berkata ‘Bosanlah membaca kisah sejarah!’.”
Seorang sahabat menulis: Menggali ilmu umpama menggali batu, semakin dalam maka semakin berkualitilah batu itu. Namun batu yang lebih berkualiti ialah batu yang pandai digilapkan oleh penggilap batu. Untung batu tenggelam.”

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:


Photobucket
top