Ada
seorang teman pembaca mencatat bahawa dia mahu ulang menelaah novel ini. Saya
agak terkejut, kerana jarang orang membaca lebih daripada sekali. Lantas saya
bertanya apakah alasannya.
Ini jawapannya: “Sebab saya ingin sangat tahu siapakah beliau. Novel Web Sutera banyak membantu. Apa yang saya tak tahu,saya temui dlm novel anda itu.”
Jujurnya semasa menukang kisah Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain ini, saya bayangkan dalam minda, mainkan di depan mata - jalan-jalan, lurah, gunung salji, tebing curam, sungai, lembah, hutan tebal dan segala mehnah yang diredah - sambil melihat peta lama. Sampai bermimpi Raja Zulqarnain datang menemui saya. Sungguh!
Mungkin kerana saya begitu tertekan bayangkan medan perang dan jelajah pasukan Alexander ke Barat dan Timur. Saya 'memaksa' minda agar berfikir. Allah!

Aku menulis cuba menata makna
dari serbuan informasi mengatur cakna
walau sisi pandang pencicip ada beza
namun bukan penghalang untuk berkarya.
** Novel berunsur sejarah dan kembara masa ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu.
0 comments:
Post a Comment