Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sepanjang minggu PBAKL 2014, saya melihat begitu banyak coretan rakan-rakan mengenainya di Muka Buku ini. Tahun ini saya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, saya agak 'senyap'.

Ah... biarkan kisah saya... apa yang saya nak coretkan adalah tentang rakan saya seorang ini. Saya melihat kegigihan beliau dalam memperkenalkan karya beliau kepada umum.

Usia pengenalan kami baru lebih kurang 5 tahun, seorang usahawan katering, malah buku beliau yang pertama adalah berkenaan katering.

Seterusnya tanpa menoleh ke belakang beliau terus melangkah menghasilkan karya. Saya masih ingat bagaimana kami bergebang mencerna idea, bagaimana kami 'berperang' mulut bila menegakkan pendapat dan banyak lagi suka duka bersama beliau.

Kenangan kami juga banyak di pesta buku. Pernah saya melihat beliau 'membahan' seorang penjual buku kerana beliau tidak bersetuju tentang isi kandungan buku tentang Saidina Ali, dan selepas itu saya memerlukan 30 minit untuk membawa emosi beliau ke alam realiti. Hasilnya usai bersolat Asar, beliau dengan rendah diri menghulur salam kemaafan kepada penjual buku terbabit.

Tahun lepas pula, saya dan beliau berjaya berkongsi pentas demi meraikan buku terbaharu beliau. Saat dan detik yang manis melihat penambahan bilangan peminat buku beliau.

Sejak hujung tahun lepas, saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada dunia buku kerana sebab yang peribadi. Namun beliau masih terus berkarya dan mempromosikan karya beliau di alam maya. Alhamduliah respon dan peminat semakin bertambah. Saya yang hadir melihat beliau daripada jauh ... dikerumuni peminat berasa amat bangga dengan kejayaan beliau.

Semoga terus berkarya dan berjaya, sahabat Web Sutera.


** Zonan Villa.

0 comments:


Photobucket
top