

Tuan Khairy menunggu masa untuk ke Kuantan bagi satu lagi bengkel penulisan. Pada mulanya saya juga bakal turut ke sana, namun oleh kerana majlis di rumah keesokan harinya, saya tidak boleh ikut serta.
Kami
berbual dan bertukar-tukar fikiran mengenai perancangan projek penulisan
seterusnya. Bersolat Asar, dan seterusnya mengambil bunting pra pelancaran
novel PERANG ARMAGEDON. Kemudian menerima naskhah novel yang di tunggu-tunggu.
Alhamdulillah, suatu rupa paras novel yang menarik dan tampan.
Saya
juga sempat masuk studio Galeri Ilmu untuk merakam foto bagi tujuan promosi.
Sebelum waktu Maghrib, sekitar 6.45 petang, saya bertolak pulang ke Ampang.
Seperti jangkaan, keadaan jalan di petang hari Jumaat sesak. Dalam pada itu,
rakan dari grup Buku Tiga Lima (BTL) sedang menunggu saya, kedengaran agak
angin dengan kelambatan saya bertolak pulang ke rumah. Mereka menunggu novel yang
akan ditandatangan bagi proses pengeposan esoknya.
Setiba
di rumah, saya diserbu oleh dua orang sahabat BTL itu. Proses bermula daripada
memeriksa kembali senarai pesanan pra-terbit novel PERANG ARMAGEDON, menulis
nombor siri khas, menconteng kata-kata kemudian autograf dan berakhir dengan
memasukkan novel ke dalam sampul surat pra-bayar kurir Pos Laju.
Bagi
majlis Doa Selamat dan Pra Pelancaran Novel, isteri Cef Hana dan kru sudah
mulakan tugas sehari sebelumnya. Ini bagi memastikan semua cadangan menu dan sediaan
kerusi meja lancar. Saya terharu dengan sokongan padu dari isteri tersayang.

Ya
Allah! Subhanallah! Tiada daya upaya melainkan dari Allah belaka. Saya bertabah
dalam doa berharap.
Usai
Isyak ... mulalah ketibaan teman, sahabat, jiran dan rakan. Kelegaan melanda.
Syukur ke hadrat Allah, walaupun hujan masih tersisa, para tetamu tetap sudi
mengunjung teratak buruk ini. Justeru saya mengubah aturcara - makan dahulu
sebelum doa selamat. Acara ditunda sehingga jam 10.00 malam lantaran semua
lambat tiba.
Alhamdulillah,
selesa dalam cuaca sejuk selepas hujan lebat. Makin ramai yang mampir tatkala
saya sedang membebel. Subhanallah! Majlis berjalan sehingga selewat jam 1.30
pagi.
Misi
tercapai dalam matlamat menaut ukhuwah dan mempertemukan para peminat novel
saya. Kehadiran teman jauh dan dekat, termasuk novelis kesayangan ramai Tuan
Ramlee Awang Murshid, Puan Dayang Aminah dan anakanda Aizuddin memberi obor
semangat.
Dalam
sedar bahawa diri ini ada orang yang sayang. Justeru saya juga sayangkan
kalian. Tidak perlu saya sebutkan nama seorang demi seorang, kalian tahu siapakah
diri kalian. Terima kasih atas sokongan selama ini. Mohon agar jangan lupakan
diri ini di kala ramai dan sendirian. Saya perlukan doa kalian.
Keletihan
dan rasa syukur ke hadrat Allah Taala.
Menyusun
jari memohon sayang;
Andai
terkurang dalam meraikan
Usah disimpan
berhijab bayang.
0 comments:
Post a Comment