Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sebelum membaca fahami dulu apa armagedon? Buku ini karya fiksyen yang sarat dengan input/fakta bersumberkan banyak rujukan. Penulis semestinya membuat banyak research@homework.

Tahniah kepada Pak Web Sutera di atas kejayaannya menukang siap sebelum PBAKL14. Novel ini lain dari yang lain, aku rasakan bagaikan buku ilmiah dalam bentuk novel. Semua ada cukup lengkap, prakata, dedikasi, pendahuluan ...lampiran, glosari, bibliografi. Menariknya sebelum prolog ada bahagian nama watak-watak.

Penceritaan terbahagi kepada latar masa tahun 2487 Masihi selari dengan tajuk Perang Armagedon itu pada masa depan. Ada imbas kembali Perang 20 tahun, monolog si mukmin dan imbas kembali abad 21.

Antara yang menarik:

- Permulaan bab disertakan petikan ayat al-Quran, hadis atau kata-kata dari tokoh.
- Teknologi yang diketengahkan meliputi persenjataan fizik, biokimia, sains komputer, mikrob, laser plasma, cyborg, biobot lipas.
- Penulis meletakkan pejuang Islam pada pihak yang hebat, kesatuan ummah (pelbagai bangsa negara, jin baik walaupun mengangkat hero Melayu nusantara dan tak lupa peranan wanita).
- Penggunaan bahasa Melayu tinggi yang bagus. Banyak kosa kata baru aku temui. Kesalahan ejaan satu saja aku jumpa, 'diimbas' dieja tak cukup huruf ‘i’.
- Suka nama watak antagonis seperti Wakaka dan Menatee.
- Pedang Syahadah? Make it believe.
- Lampiran ll mengenai perang nuklear India kuno
- Ada selingan makhluk Polip.

Kekurangan pula, aku rasakan tak puas menikmati aksi-aksi yang dihidangkan, mahu lebih banyak lagi dan ada seketika pembacaan seakan terputus hubungan dengan watak novel ini

Grafik kaver cantik cuma warnanya agak kontras.

Keseluruhannya. Alhamdulillah aku dapat menghadam mesej-mesej yang ingin disampaikan dan dikongsi oleh penulis. Buku ini disarankan kepada semua pembaca amnya dan khusus kepada geng BTL patut menelaahnya kerana banyak manfaat yang akan diperolehi, insya-Allah. Kita perlu berjihad melawan doktrin Yahudi dan Amerika Syarikat (yang ditunggang Israel). Zionis Israel Yahudi itu kuda tunggangan Iluminati ke arah NWO (New World Order) di bawah panji kegelapan Dajjal.

Mohon perlindungan Allah dari fitnah besar Dajjal.

4.25* (daripada 5*)
** Ulasan Tuan Fikri Baharon, Gombak, Selangor.

0 comments:


Photobucket
top