Dilaporkan
oleh Ali bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang membaca Surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, dia terpelihara sehingga lapan hari daripada fitnah
yang melanda, dan sekiranya keluar Dajjal sekali pun, dia akan terpelihara
daripadanya.”
Rasulullah
SAW juga menegaskan, “Sesiapa yang menghafal 10 ayat dari awal Surah al-Kahfi,
dia akan terpelihara daripada godaan Dajjal.” Dalam riwayat lain, “Barangsiapa
yang hafal 10 ayat terakhir daripadanya.” (Riwayat Muslim)
Surah
ini turut bercerita mengenai seorang pembebas besar Mukmin di suatu zaman. Allah
menukilkan dalam ayat-ayat 83 sehingga 98 dalam surah yang sama.
Saya
ingin sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para ustaz dan
sahabat yang memberi ingat akan peri mustahaknya membaca surah ini pada malam atau siang
Jumaat. Inilah sunnah amalan Baginda Rasulullah SAW. Selama ini mungkin yang
sering orang-orang seluruh Nusantara sebut-sebut ialah membaca Surah Yasin.
Amalan
membaca surah ini, insya-Allah, elok saya dan para sahabat amalkan. Dalam kes
saya, dengan hikmah anak yang sedang belajar di sekolah tahfiz, saya berasa
malu sendiri.
Saya
bertanya diri sendiri, “Wei! Kau hantar puteramu ke sekolah tahfiz dengan
berniat agar dia menghafal dan seterusnya mentadabbur al-Quran, sedangkan kau
masih bermalas-malas! Jadi contoh bagaimana kau mahu tunjukkan?”
Dalam
makna yang sama, saya menulis buku-buku motivasi, sedangkan saya sendiri tidak
berbuat apa yang ditulis. Apakah jadahnya? Justeru benar kata seorang teman, “Tuan
akan diuji Allah terhadap kandungan buku-buku yang ditulis.”
Insya-Allah,
dengan izin dan cinta Allah jua, saya membuat apa yang saya tulis. Dalam masa
yang sama, secara langsung Allah menguji diri ini bahawa “Kau berbuat dahulu,
baru orang lain akan ikut apa yang kau kata.”
Teringat
novelis kesayangan ramai Tuan Ramlee Awang Murshid yang berkata kepada saya, “Apabila
aku berasa malas mahu bangun malam untuk bermunajat, bertahajjud dan buat amal,
aku teringat Laksamana Sunan. Itu watak yang aku ‘cipta’ dalam novel. Kalau
Laksamana Sunan boleh berbuat begitu, aku apa hal tak mahu buat? Aku malu
dengan watak ‘ciptaan’ aku sendiri.”
Itu
ujian Allah untuk hamba-Nya ini, salah satunya. Alhamdulillah.
Manakala
novel sejarah atau boleh juga dikategorikan sebagai fantasi sejarah berjudul Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja
Zulqarnain dikisahkan berdasarkan ayat-ayat 83 – 98 Surah al-Kahfi ini.
Insya-Allah, dalam menulis novel ini saya membaca dan menelaah banyak tafsir
para ulama mufassirin (ahli tafsir al-Quran)
dahulu dan kontemporari, juga ilmuan Islam yang ikhlas dalam mendepani sejarah zaman.
Justeru, novel ini, insya-Allah, adalah kaedah saya memudahkan perkisahan rumit berkaitan seorang hamba Allah bernama Zulqarnain atau Raja Zulqarnain. Bukan mengambil isu polemik sosok ini (walaupun ada sedikit), bahkan saya mengambil pendirian siapakah beliau. Novel ini sebuah kembara mencari kebenaran yang sekian lama digelapkan oleh Yahudi.
Justeru, novel ini, insya-Allah, adalah kaedah saya memudahkan perkisahan rumit berkaitan seorang hamba Allah bernama Zulqarnain atau Raja Zulqarnain. Bukan mengambil isu polemik sosok ini (walaupun ada sedikit), bahkan saya mengambil pendirian siapakah beliau. Novel ini sebuah kembara mencari kebenaran yang sekian lama digelapkan oleh Yahudi.
0 comments:
Post a Comment