Fateh
Sa'adi dan makhluk hijau yang masih hidup itu menatap mata masing-masing, menunggu
gerakan musuh. Sementara itu, dua tentera cyborg menjauh sedikit tetapi masih
kekal bersiaga.
"Siapa
kau sebenarnya?" Fateh Sa'adi bertanya.
"Sudah
gaharu cendana pula. Manusia mudah lupa!" Makhluk itu bernada keras.
Fateh
Sa'adi teringatkan sesuatu. Namun ... .
Hassan
Sijic melompat dan menerjah. Pedang dihayunnya sepenuh tenaga ke wajah makhluk
hijau itu. Akan tetapi, sebelum mata pedang dapat mendarat ke sasaran, sang
hijau itu cepat mengayunkan cakarnya dan memukul pemuda Bosnia itu. Tentera
cyborg itu terhumban ke dinding kaca.
Kemudian,
makhluk hijau itu menembak bebola api ke arah Fateh Sa'adi. Namun, dapat dielak
dengan menerjah ke dinding dan melonjakkan tubuhnya ke atas. Semasa di udara, Fateh
Sa'adi terdengar sesuatu benda jatuh di belakangnya.
Gedegang!!
Prak, prak!!
Beberapa
ketika kemudian, satu dinding besar roboh. Lalu, terbukalah piramid itu
sehingga cahaya siang memancar masuk ke dalamnya.
"Apa
yang terjadi?"
@@@@@@@
Buku
/ novel ini disasarkan untuk bacaan umum. Novel ini sarat dengan fakta yang
diambil daripada lebih 30 buah sumber rujukan berkaitan armagedon. Ikuti
perkembangan semasa novel ini di https://www.facebook.com/PerangArmagedon
Testimoni:
"Alur cerita Perang Armagedon melompat dan berpusing di antara ruang dan
waktu, tetapi memancing rasa ingin tahu. Ia mengacaukan batas-batas fakta dan
imaginasi, mempertemukan dunia yang berbeza dan terpisah, serta menjelajah hal-hal
yang kuno dan moden. Ada banyak riwayat dan tutur kata sejarah di dalam buku
ini. Namun begitu, tempatkanlah ia dan nikmatilah sebagai sebuah karya fiksyen
yang menghibur dan yang mengingatkan kita tentang semangat perjuangan membela
kebenaran." -- Syed Alwi Alatas, Penulis buku motivasi dan tarbiah bestseller dari Jakarta, Indonesia
Armagedon
– istilah janaan Yahudi untuk mengambarkan sebuah perang yang mesti berlaku
bagi melawan orang-orang Islam. Kekalahan kerajaan Salib di Baitulmaqdis pada
era Salahuddin al-Ayyubi juga didogmakan sebagai armagedon bagi dunia Kristian
/ Barat.
Justeru
dunia Salib dan Eropah berdendam, amat dalam kesumatnya. Ia lebih parah dengan
hasutan Yahudi yang meniup slogan armagedon. Bagi Yahudi, tertawannya
Baitulmaqdis ke tangan tentera Islam sebagai petanda kemusnahan armagedon,
salah satunya, walaupun ia hanya doktrin busuk.
Maka
kumpulan Yahudi yang kemudiannya dengan fahaman Zionis terus menerus memalu genderang
perang terhadap umat Islam. Bagi mereka perkataan ‘jihad’ wajib dikuburkan dari
dada pemuda, pemudi dan umat Islam.
Misi
armagedon dicanang dan dirancakkan oleh mereka. Armagedon dimulakan dan akan
berakhir di Baitulmaqdis. Itulah cita-cita Iblis, Dajjal dan konco-konco
Zionis-Yahudinya.
Judul novel: Perang Armagedon
Penulis: Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu
Tebal: 480 muka surat
ISBN: 978-983-097-467-5
Harga: RM22.00
Judul novel: Perang Armagedon
Penulis: Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu
Tebal: 480 muka surat
ISBN: 978-983-097-467-5
Harga: RM22.00
0 comments:
Post a Comment