Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis.Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.

Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.

Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.

Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)

Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.

Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.

Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah:

“Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)

Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.

Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.

Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Inilah inti pati fiksyen ini.

PENERBIT: Galeril Ilmu, 2014.
ISBN: 978-983-097-467-5.
HARGA: RM22 (Sem. Malaysia), RM24 (Sabah & Sarawak).
TEBAL: 480 muka surat.

0 comments:


Photobucket
top