Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Aku mulakan reviu ini dengan ucapan salam maulidurrasul. Semoga kita menjadi semakin baik dalam beramal dan istiqamah dalam ibadah. Amin.

Aku tak gemar cerita perang. Cerita perang sangat mensayukan hati bila berimaginasi tentang mayat-mayat yang bergelimpangan, tentang tanggisan dan tentang keadaan kampung, atau negeri yang musnah dan hancur. Jika tidak kerana ramai yang memuji novel ini, mungkin aku tak terasa terpanggil untuk membacanya.

Aku tak suka kaver novel ini.. hehehe. Maaf cakap laa, padaku ia tak menarik. Kaver seharusnya menarik untuk menarik orang membelinya, apatah lagi orang macam aku yang tak suka cerita perang tapi perlukan sesuatu "hasutan" untuk membacanya.

Tapi ia ok.Kata-kata pujian tentang novel ini boleh membakar semangat orang untuk membacanya.Tahniah dari aku.

Novel ini tentang persoalan siapakah Raja Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran, bukti-bukti dan fakta-fakta serta dalil-dalil yang diberikan jelas membuktikan dialah Alexander Agung pemerintah Macedonia yang digambarkan oleh sejarah sebagai raja yang hebat, raja penakluk dunia.

Aku menerima sangat banyak pengetahuan baru dalam novel ini. Pengetahuan itu bukan saja dari fakta-fakta yang sahih, juga dari petikan kata-kata ahli falsafah dahulukala yang penuh makna. Sungguh ia sebuah buku yang menarik.

Cuma ada sedikit teguran di sini, tapi jangan ambik hati, ya. Muka surat 158, Tok Janggut bertanya kepada Zamri, “Apa yang dikau perolehi?” Zamri menjawab, “Saya kurang faham pertanyaan Tok?” Tok janggut menjawap, "Okey, begini. Ilmu pertama yang dipelajari dan bla bla bla... “

Rasanya Tok Janggut takkan cakap ‘okey’, kerana perkataan okey ni orang moden yang guna pakai.

Dalam muka surat 412, Alexander mengumpulkan semua sahabat di dalam khemahnya untuk makan malam, sedangkan ayat sebelumnya menceritakan, Alexander dan angkatannya dalam pelayaran dengan menggunakan kapal dan ghali. Dalam kapal pun nak pakai khemah juga ke?

Komen lain ialah tentang penggunaan watak Tok Janggut. Kenapa Tok Janggut? Tok Janggut digambarkan mengetahui semua latar sejarah perjalanan Alexander. Pada aku kalau guna watak lain mungkin boleh nampak real kot. Sekurang-kurangnya watak orang alim yang mengikuti semua perjalanan Raja Alexander, kerana hanya mereka yang lebih tahu.

Novel sejarah sebenarnya banyak mengundang pertanyaan dari merungkai jawapan. Antara pertanyaan yang bermain dalam kepalaku ialah, selalu kita dihidangkan dengan cerita ... contoh: seorang raja yang berucap kepada ribuan rakyat jelatanya. (Perkara) yang berlegar dalam kepalaku bagaimana ucapannya itu boleh didengar oleh ribuan rakyat jelata? Mungkin ada peralatan atau sistem pembesar suara yang telah lama dicipta yang kita tidak tahu? Sebagaimana teknologi membuat baju besi di aman Nabi Daud?

Begitu juga dengan perjalanan menempuh hutan belukar, padang pasair dan gunung-ganang yang membawa bala tentera berkuda berjumlah ribuan orang. Bagaimana kuda-kuda ini dapat mendaki gunung dan melintasi jurang-jurang serta padang pasir yang luas? Mungkin ada teknologi pengangkutan yang tidak kita ketahui ujudnya yang belum dibongkar.

Persoalan lain yang masih aku cari-cari jawapannya, adalah bagaimana orang-orang terdahulu (sebelum adanya agama Islam) yang menganut agama Tuhan Yang Satu beribadah? Apakah mereka ada ritual-ritual yang tertentu yang membezakan mereka dengan penyembah berhala? Dalam buku ini ada dikisahkan Raja Alexander yang menyembelih kambing sebagai korban untuk mengubatnya yang sedang demam.

Akhir komen, novel ini sangat baik dari segi penceritaan dan rujukan, diolah dengan cara berbeza berbanding buku-buku ilmiah lain. Padat ilmu, padat info, padat kata-kata hikmah dan padat pengetahuan.

9/10 bintang.

** Komen kritikal dari pembaca bernama Tuan Yg Lain pada minggu Maulidurrasul 1435 Hijrah.

0 comments:


Photobucket
top