Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Mungkin tuan dan cikpuan ada idea untuk menulis novel, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Contohnya, tuan dan cikpuan ada idea untuk menulis sebuah novel mengenai sukan yang diminati. Jadi, apa yang perlu dilakukan dahulu?

1. Tuan dan cikpuan boleh baca beberapa buah novel yang mempunyai tema yang sama. Contohnya, sebelum saya menulis Tariq United, saya membaca novel Impian Juara oleh Wan Zayuhisham Wan Yusoff (Galeri Ilmu) dan Kaki Bola (PTS).

2. Daripada pembacaan, saya mendapat idea bagaimana untuk menyusun idea ke dalam bentuk plot, konflik dan klimaks.

3. Kemudian, saya senaraikan nilai-nilai tarbiah yang saya ingin masukkan ke dalam novel. Nilai-nilai ini saya serap masuk ke dalam dialog dan babak serta sedikit dalam ayat naratif.

Sekarang, saya mempunyai idea untuk menulis sebuah novel motivasi berkenaan hal ehwal suami isteri setelah saya membaca buku Men are from Mars, Women are from Venus.

Insya-Allah, doakan saya berjaya menyiapkan novel ini. Sekarang belum mula tulis lagi. Hujung minggu ini mahu bincang dulu dengan Puan Bonda Nor.

IKLAN:

Sesiapa yang mahu belajar menulis novel patuh syariah, dijemput menyertai Bengkel / Kelas Penulisan Novel Islami pada 22 Februari 2014 di Akademi Must Read Sdn. Bhd., Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Yuran: 1 orang = RM150, 2 orang = RM250, 3 orang = RM300. Boleh SMS/ Whatsup: +6019 470 2839. Yuran boleh bayar kemudian, mungkin anda tunggu gaji hujung bulan atau dapat BRIM.

0 comments:


Photobucket
top