Saya dan awak, sering diterpa perkara yang tidak
disangka-sangka berdasarkan situasi semasa. Kita ingat begitu, walhal apa yang
terjadi begini.
Melihat apa yang terjadi dari sudut pandang positif bukan mudah. Bak kata kita, “Alamak! Aku ingat okey sahaja, sepatutnya tak terjadi sebegini. Bagaimana mungkin? Bukankah si dia itu patut sudah begitu dan begini?”
Hijrah Champion Gaya Rasulullah. Insya-Allah, sebahagian
besar kandungan buku ini ialah perkisahan, cerita kontot dan cerpen. Justeru
boleh dikatakan sebuah antologi cerpen secara tidak langsung. Andai sudi untuk
menatapnya, mohon mesej peribadi kapada saya.
Melihat apa yang terjadi dari sudut pandang positif bukan mudah. Bak kata kita, “Alamak! Aku ingat okey sahaja, sepatutnya tak terjadi sebegini. Bagaimana mungkin? Bukankah si dia itu patut sudah begitu dan begini?”
Atau kita sering berkata untuk
pulangkan paku buah keras kapada nasihat kawan, “Kau cakap mudahlah kerana kau
tak kena. Cuma kau yang kena?”
Sultan Muhammad Al-Fateh turut diterpa
situasi yang tidak dimahukan atau tidak dirancang begitu jadinya. Walaupun ia
dalam suratan takdir Allah, namun baginda tidak berhenti untuk terus berfikir
dan seterusnya mengambil langkah pembetulan, atau bersegera tegar berbincang
dengan majlis pimpinan tentera.
Suatu kejadian besar tatkala mesin
pengempur merapati tembok kota Konstantinopel. Mesin itu terbakar dan ramai
pejuang yang syahid. Sebuah mesin gergasi yang tidak pernah dilihat oleh
tentera Bizantin dan menjadi ketakutan mereka, tetapi ia tetap musnah dibakar
oleh tentera musuh Islam itu. Baginda Sultan mengambil strategi lain, dan terus
doa dipanjatkan ke hadrat Allah.
Kita hamba Allah, justeru usah berundur
di medan juang, andai masih ada kudrat akal dan jasmani.
@@@@@@@
Di bawah ialah sebuah kisah sketsa
kehidupan.
Pada suatu ketika dahulu di perhentian bas Jalan Perangin,
Pulau Pinang. Abang polis menghampiri. Saya buat selamba. Sebaik tiba, abang
polis bertanya, "Adik dari mana?"
Saya menjawab, "Saya tinggal sini, encik."
"Saya mahu tengok IC.”
Saya merenung mata abang polis itu. Angin juga. Namun saya
buka dompet, lalu serahkan IC.
Abang polis melihat IC dan melihat wajah saya. "Oo.. hang orang Malaysia. Hang buat apa di Penang?"
Abang polis melihat IC dan melihat wajah saya. "Oo.. hang orang Malaysia. Hang buat apa di Penang?"
“Saya pelajar USM, encik,” Lalu abang polis serahkan
kembali IC dan berlalu pergi. Dalam hati saya bermonolog, "Ingat aku ini
Mat Indon?"
Pada waktu itu saya sedang menunggu seorang rakan yang masih
belum keluar dari tandas berdekatan. Rambut saya pula agak panjang, maklumlah
era rock.
Di kemudian hari saya berfikir, itu kerja abang polis itu.
Saya buang segala sangka buruk, insya-Allah.
@@@@@@@
Selalu saya berpesan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang
mahu meraduk badai, begini: "Luka itu biasa. Sakit jatuh itu lumrah. Ujian
Allah itu cinta-Nya. Mengalah? Jangan! Itu bisikan syaitan. Bangun! Bangun
menyapu air mata. Bangun menyapu luka! Bangun, wahai aku!"
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, Web Sutera.
0 comments:
Post a Comment