Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Selama tiga hari saya membaca sekali lagi keseluruhan manuskrip fiksyen Kombat Armagedon yang sudah disunting oleh editor Cikpuan Leanne Adam (di samping kerja-kerja lain). Alhamdulillah, satu kepuasan dengan mutu suntingan dan olahan semula beliau. Plot-plot bergerak pantas, insya-Allah.

Terima kasih tidak terhingga khas untuk beliau yang bertungkus-lumus membetulkan mana yang patut.

Satu sahaja, mata ini tidak dapat bertahan dengan membaca di skrin laptop. Pedih dan berpinar di kala tertentu. Saya teringat kata-kata Puan Ainon Mohd., "Saya dan tuan sudah tua. Ebook untuk orang muda berumur 20 tahun ke bawah. Di masa hadapan, mereka akan menjadi pembaca ebook di skrin gajet."

Insya-Allah, khas untuk saya dan rakan-rakan pembaca novel saya sekarang dan akan datang. Informasi tentang hadis Rasulullah (SAW).

Hadis Mursal, menurut istilah adalah hadis yang gugur perawi dari sanadnya setelah tabi’in. Seperti bila seorang tabi’in mengatakan, "Rasulullah (SAW) bersabda begini atau berbuat begini.”

Imam Syafie berpendapat hadis-hadis mursal para tabi’in senior dapat diterima apabila terdapat hadis mursal dari jalur lain, atau dibantu dengan perkataan Sahabat. Manakala ahli hadis dan ahli fiqih berpendapat hadis mursal adalah tergolong dalam hadis daif (lemah).

Majoriti para sarjana hadis (jumhur ulama hadis) membolehkan untuk menyampaikan atau menyebut hadis daif tanpa mengatakan hadis itu daif. Namun dengan syarat hadis itu tidak berkaitan dengan perkara akidah atau hukum halal dan haram, atau hukum hakam syariat yang lain.

Justeru, dibolehkan menyebut atau mengutip riwayat hadis mursal dan daif yang berkaitan perkara targhib dan tarhib (galakan agar lakukan sesuatu amalan baik dan amaran tinggalkan suatu kejahatan). Juga dalam bab fadha’il (kelebihan amalan) serta kisah-kisah (cerita).

Wallahhua'lam.

0 comments:


Photobucket
top