Seorang
pembaca bernama Tuan Neo Mizzie dari Pulau Pinang memberi komen ringkas novel
sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH seperti di bawah:
“Baru selesai menakluk Konstantin bersama Sultan Muhammad Al-Fateh ibnu Sultan Murad. Alhamdulillah. Namun kegiranganku tak lama selepas kembali ke awal 1900-an, sebab Sultan Abdul Hamid II digulingkan dan diusir. Betapa laknatnya orang yang bernama Mustafa Kemal Pasya!!!”
Setelah
banyak komen susulan, seorang pembaca yang gunakan nama Cikpuan Secondhand
Novel memberi komentar:
“Neo Mizzie, ada 3 kumpulan dari dimensi masa yang berlainan yang sedang berdiskusi tentang pembukaan Kontantinopel. Semasa baca novel ini, terkagum saya dengan penulis.”
Sementara
pembaca Tuan Iwan Roslan bertinta:
“Sewaktu melayar kisah Al-Fateh ini, saya senaraikan semula kata-kata atau dialog yang bisa membakar semangat. Saya juga turut menyenaraikan kembali nama-nama panglima dan pahlawan (tentera) Islam mengikut kurun dan zaman yang dinyatakan, untuk saya ceritakan kepada anak-anak.”
Maka
saya katakan yang persepsi pembaca lelaki dan wanita memang berbeza. Perbezaan
itu memang fitrah kejadian kita yang diciptakan Allah. Dari sini sahaja sudah
dapat dibuat kesimpulan, agenda kesamaan gender di antara dua jantina manusia
ini yang dilaungkan oleh Barat mustahil dapat dicapai. Justeru kita sememangnya
berbeza, baik daripada segi fizikal, persepsi mahupun tanggungjawab.
Kesamaan
gender atau jantina adalah retorik agenda jahat Zionis Yahudi laknat!
Berbalik
kepada novel ini, memang ia sebuah novel tebal. Misteri, ramalan, mitos dan lagenda
berkenaan kota Konstantinopel sedia menjadi perdebatan hebat di kalangan ilmuan
timur, barat dan dunia Islam.
Dalam
penulisan novel panjang ini, saya menggunakan teknik bolak-balik, imbas
kembali, dan merentas dimensi masa dan ruang kehidupan. Banyak watak sejarah
dan bayangan yang termuat.
Menjawab
satu pertanyaan, saya menulis, “Tuan Neo Mizzie dan sahabat, mudahnya begini.
Ia bayangan (bahkan ada benarnya), bahawa hidup kita ini bukan setakat
lingkungan dan persepsi manusia. Jin kafir dan Islam turut mainkan lakonan di
pentas dunia ini. Semuanya bakal menerima pengadilan Allah di mahkamah akhirat.”
Walaupun
demikian, antara asas kehidupan di dunia ialah isu pilihan. Berbeza dalam ruang
ringkup tertib membuat pilihan. Seperti gambaran dalam novel ini melalui dialog
salah seorang wataknya (seperti grafik), tanggungjawab memilih yang akan
ditanggunghisab dalam mahkamah Allah Ta’ala yang Maha Adil.
Tatkala
bincangkan kota Konstantinopel ini, saya turunkan hadis seperti berikut:
Abu
Daud meriwayatkan hadis yang dilaporkan oleh Abdullah bin Bisyr bahawa
Rasulullah (SAW) berkata, ‘Jarak antara
pertempuran yang dahsyat dan penaklukan Konstantinopel tujuh tahun, lalu pada
tahun ketujuh, Dajjal keluar.’
“Sahabat Muaz bin Jabal juga melaporkan sebuah hadis. Rasulullah (SAW) berkata, ‘Setelah Baitulmaqdis (Jerusalem) makmur, Yathrib (Madinah) hancur. Setelah Yathrib hancur, terjadilah al-Malhamah (perang besar). Setelah itu, Konstantinopel ditakluki. Kemudian muncullah Dajjal'."
“Sahabat Muaz bin Jabal juga melaporkan sebuah hadis. Rasulullah (SAW) berkata, ‘Setelah Baitulmaqdis (Jerusalem) makmur, Yathrib (Madinah) hancur. Setelah Yathrib hancur, terjadilah al-Malhamah (perang besar). Setelah itu, Konstantinopel ditakluki. Kemudian muncullah Dajjal'."
Konstantinopel
dan ramalan kenabian manusia besar Nabi Muhammad bin Abdullah (SAW) adalah
persoalan besar kehidupan, mahu diakui atau sengaja buat tidak faham.
Justeru, di akhir
novel sejarah ini, sengaja saya gantungkan ceriteranya. Tambahan pula andai
saya tidak gantung, pastinya novel ini menjadi jauh lebih tebal. Insya-Allah,
dengan izin dari Allah jua, saya tulis kesinambungannya dalam novel berjudul
Kombat Armagedon.
Penghargaan kepada semua pembaca yang memberi komen, maklumbalas dan cadangan. Semua dari Allah belaka.
** Insya-Allah, ikhlas dari hamba daif di sisi Allah, Web Sutera.
0 comments:
Post a Comment