Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Penulis adalah perakam sejarah, walau dalam genre apapun. Penulis melakar pengalaman, taakulan, pemerhatian dan pemahaman tentang alam. Bila alam berbicara, ia datang dari Allah, justeru alam tidak pernah berbohong.

Berbohong itu sifat manusia dan jin. Sang Iblis paling besar bohongnya dengan membawa sastera bejat dan bobrok, yang menjadi anutan Zionis Yahudi. Insya-Allah, saya menulis demi redha Allah.

Kita pijak bumi, kita berjalan di atasnya. Sedarkah kita yang sudah ramai manusia ditimbus oleh bumi? Baca Al-Quran dan hadis Rasulullah (SAW), berapa ramai manusia yang dikambus bumi justeru ingkar.

Teringat bualan dengan Tuan Eyman Hykal atau Tuan Norden Mohamed (bos akhbar Sinar Harian) di suatu sesi berkaitan buku. Beliau berkata, "Ramlee tak mendalam pengetahuan agama, seperti engkau juga. Namun yang sikit faham itu, dia dan engkau sungguh-sungguh cuba untuk menulis. Itu yang aku kagum.”

Ya, saya dan novelis hebat RAM, bukan ustaz. Kami istiqamah dalam perjuangan bidang yang digeluti, walaupun mungkin sumbangan saya amat sedikit. Sedikit itulah yang saya lestarikan, demi Dia yang Maha Agung.

Di kiri ialah komen ringkas oleh seorang pembaca novel Konstantinopel: KibaranPanji-panji AL-FATEH dari Sarawak. Komen sebegini buat jiwa saya gementar dari insan yang cukup tegar dengan genre sains fiksyen dan fantasinya. Subhanallah walhamdulillah Allahu akhbar! Terima kasih, Tuan Azrul Jaini.

Mengajak diri ini dan teman-teman tersayang untuk sama-sama berhijrah, insya-Allah.

Daku hanya hamba Dia
Dalam mencari sebuah redha
Detik berlalu, kaki melangkah
Diam andai perlu, berhemah saat wajib
Berlembut pada yang sesuai
Marah dan keras pada yang patut.

Insya-Allah, dengan niat tinggikan Islam dan memandaikan bangsa Malaysia, maka saya menulis. Hati berbicara, minda bergelora, jemari bergetar, kemudian aksara dipintal menjadi ayat-ayat dalam siratan rasa.

0 comments:

top