Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Terkena pada saya. Namun, ada baiknya ialah terbejat untuk satu buku, boleh mula tulis buku lain. Sama-sama bermuhasabah. Terima kasih, Tuan Resha Hamzah atas perkongsian ini. Molek. Apa dia? Ayuh baca tip penulisan dari editor novel / fiksyen penerbit Galeri Ilmu Media Grup, Tuan Amir bin Abdul Hamid, dipetik dari blognya.

Banyak penulis yang sudah menyiapkan separuh daripada karyanya namun hilang momentum penulisan secara tiba-tiba. Faktornya? Ada banyak.

Contohnya, bagi penulis lelaki momentum penulisan terhenti apabila kerja terlalu banyak di pejabat, masalah anak, masalah itu ini. Sudahnya terlupa menyambung karyanya yang 'gantung tidak bertali'.

Bagi wanita pula, faktor lain yang boleh mengganggu adalah kerana mahu bersalin. Jadi tumpuan sudah lari 360 darjah.

Untuk mengekalkan momentum penulisan:

1. Betulkan niat dan sentiasa berdialog dengan Allah. Sebagai contoh, "Ya Allah mudahkanlah tanganku ini untuk menulis ayat-ayat yang Engkau redha supaya terus lancar dan mudah difahami pembaca." Allah Maha Mendengar, jadi berdoalah.

2. Sentiasa menulis nota pada buku matlamat. Sebagai contoh tulis begini, "Saya perlu siapkan karya bertajuk, 'Nampak Sampah, Kutip!' pada hujung bulan ini.

3. Sentiasa berhubung dengan editor untuk diberikan dorongan. Kongsi masalah dengan editor.

4. Bergaul dengan penulis yang produktif supaya semangat menulis kekal segar.


** Foto atas: Saya (tengah) dan Tuan Amir bin Abdul Hamid (kiri) semasa bersiaran di radio IKIM pada suatu ketika untuk novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain.

** Dalam usaha menulis sekuel kepada buku motivasi Berfikir Gaya Champion berjudul Champion Gaya AL-FATEH, insya-Allah.

0 comments:


Photobucket
top