"Ayuh kita ajar si Muslimah itu. Aku sudah lama berdendam dengan
orang Islam.Biar dia minta tolong. Kita tengok siapa yang akan datang
membantunya."
Kedua-dua lelaki itu mengukir senyuman yang sarat kejahatan. Anak-anak
Iblis berpesta meraikan kejayaan mereka tatkala kedua-dua lelaki itu
menghampiri Muslimah tersebut. Apabila cukup dekat, salah seorang daripada
mereka menyergah.
"Hoi perempuan Islam! Buat apa kau di sini?"
Herdikan kuat itu menyentak jantung Muslimah tersebut, membuat
langkahnya terpasung. Dia mahu berpaling menghadap orang yang menyergah. Namun,
belum sempat berbuat demikian, kedua-dua belah tangannya ditangkap seseorang.
Jilbabnya disentap. Malah, jubah yang dipakainya turut terkoyak di bahagian
leher. Maka, terdedahlah auratnya yang selama ini dijaga kemas daripada
pandangan durjana.
Dia menangis sambil meminta belas, seraya cuba menutup semula aurat yang
terdedah. Namun, usahanya tidak berhasil. Tiada kudratnya untuk melawan dua
orang lelaki durjana itu. Lebih menyedihkan lagi, jeritan dan rayuannya tidak
dihiraukan oleh mereka yang berada di pasar itu, kerana lelaki-lelaki yang
mengasarinya ialah tentera Bizantin, Mungkin ada yang bersimpati, namun tidak
berani membantu.
"Mana Tuhanmu? Mana Rasulmu? Hahaha!"
Lelaki-lelaki durjana itu terus mempermainkan Muslimah tersebut yang
kian tidak berdaya. Dia semakin lemah. Pandangannya mulai kelam. Ketika itu,
hanya doa yang menjadi pendinding. Sebelum rebah, dia sempat menjeritkan
sesuatu.
"Waa Mu'tasimah! Waa Mu'tasimah!"
Dari kejauhan, seorang pemuda yang sedari tadi memerhati kejadian itu
segera mendapatkan kudanya. Ada amarah pada wajahnya. Dia tangkas menaiki
pelana kuda dan memacu laju meninggalkan pasar itu.
-- Adakah petikan di atas tidak cukup untuk membuatkan anda teruja
untuk mengetahui cerita penuh di dalam novel ini?
Dalam debar, ada pengharapan. Dalam amarah, ada rasa tanggungjawab.
Sememangnya novel ini merupakan karya terunggul Web Sutera yang menarik untuk
dihayati. Dapatkannya segera di pasaran sekarang juga!
@@@@@@@
Konstantinopel merupakan sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota
bersejarah yang dibina kembali daripada puing-puing tinggalan koloni Greek yang
membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi.
Kemegahan kota Konstantinopel dicemburui pelbagai pihak, termasuk
daripada pihak di Rom, Itali, dan kerajaan-kerajaan Eropah, kerana lokasinya
yang strategik sebagai laluan perdagangan dan pelabuhan kapal-kapal dagangan
bagi negara-negara besar dunia.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut berkenaan kota ini.
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang
menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan yang berada di bawahnya
ialah sebaik-baik pasukan.”
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan
yang tidak kurang menarik untuk direnungi.
Kepada para pembaca yang berminat mengetahui cerita penuh berkenaan
kisah Konstantinopel ini, boleh dapatkannya
di kedai-kedai buku besar berhampiran kawasan anda, atau boleh pesan secara
online melalui laman web kami di www.galeriilmu.com.my.
Anda juga boleh beramah mesra bersama penulis Web Sutera melalui laman
sosial facebooknya di sini.
** Komentar asal dari Buku Kita Harta Kita.
** Boleh dibeli online di sini.
0 comments:
Post a Comment